Ikuti Kami:

“Capai RM45 Juta” – Dalam Diam, Kim Soohyun Berkorban Hal Ini Untuk ‘Queen Of Tears’

“Capai RM45 Juta” – Dalam Diam, Kim Soohyun Berkorban Hal Ini Untuk ‘Queen Of Tears’

Bertentangan dengan desas-desus yang berterbangan, pelakon Kim Soo-hyun dilakukan telah berkorban banyak demi “Queen Of Tears”.

Sebelum ini, satu laporan yang menokok tambah info berlebihan telah mendedahkan yang lelaki itu menerima bayaran sebanyak 800 juta won (RM2.8 juta) bagi setiap episod. Jika benar, bermakna dia menerima RM44.8 juta untuk 16 episod tayangan dan ia merupakan satu per tiga dari kos produksi. Namun hal itu disangkal oleh pihak siri itu sendiri selepas gosip itu terus dibincangkan.

Keputusan ini dibuat kerana Kim Soo-hyun berasa bimbang dengan beban yang perlu ditanggung oleh pihak produksi untuk menghasilkan drama. Pasukan produksi “Queen of Tears” mengakui tekanan kenaikan kos, dan Kim Soo-hyun mengambil langkah untuk mengurangkan bayarannya bagi membantu mengurangkan perbelanjaan.

kim soohyun

Walaupun kebanyakan pelakon berasa resah tentang pengurangan bayaran dan gaji mereka, Kim Soo-hyun meminta bayaran yang lebih rendah daripada “Queen Of Tears” berbanding drama terdahulu, “One Day”. Ini dilakukan atas permintaan penulis Park Ji-eun, sebagai tanda kesetiaan.

Dalam pada itu, drama berkenaan berada di tingkat tertinggi tangga populariti K-Drama kini selain meraih rating 13% untuk episod terbarunya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...