Ikuti Kami:

Capai Rating Tinggi, ‘Why Her?’ Tamat Penggambaran

Capai Rating Tinggi, ‘Why Her?’ Tamat Penggambaran

Siapa yang tengah seronok tonton drama “Why Her?” kini?

Terbaru pada 14 Jun, pelakon dan kru bagi “Why Her?” telah selesai melakukan penggambaran terakhir drama itu yang dilakukan di Chuncheon, Gangwon-do.

Dengan ini, drama itu yang memulakan penggambaran pada Oktober tahun lalu, telah menamatkan perjalanan panjangnya selama kira-kira 8 bulan, meskipun menghadapi sedikit komplikasi pada pertengahannya akibat COVID-19.

Untuk pengetahuan, “Why Her?” ternyata berjaya mencuri hati penonton dengan plot yang menarik dan telah mencapai rating lebih 10% hanya dalam 4 episod ditayangkan.

Dalam pada itu, “Why Her?” ialah sebuah drama menceritakan mengenai seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan mencapai kejayaan dengan cara yang salah. Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda, dia mula mengubah jalan hidupnya dan belajar cara sebenar untuk mencintai dirinya.

Syabas buat semua yang terlibat dalam “Why Her?”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...