Han So-hee menarik perhatian selepas memuat naik kemas kini terbaru di media sosial.
Dalam foto yang dimuat naik bersama hantaran itu, wanita itu dilihat sedang mengambil swafoto di ruang menunggu sambil meletakkan dagunya pada sebelah tangan dan menampilkan ekspresi wajah yang angkuh.
Apa yang paling mencuri perhatian adalah solekan tebal yang dikenakannya, menonjolkan aura misteri dan daya tarik yang unik. Dia juga menutup badannya dengan tuala bagi mengelakkan pendedahan berlebihan.
View this post on Instagram
Komen peminat,
- Memang cantik!
- Lagi terkejut sebab dia memang kecantikan natural.
- Tak payahlah tuutp.
- Cantik tapi tu lah personalitinya..
Tahun ini, Han So Hee bakal muncul dalam filem baharu berjudul “Project Y”, yang turut dibintangi oleh Jeon Jong-seo. Filem ini mengisahkan Mi Sun dan Do Kyung, dua watak yang hanya memiliki satu sama lain dan cuba melarikan diri dari kehidupan susah dengan mencuri wang gelap dan jongkong emas—merupakan sebuah filem berunsur jenayah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.