Ikuti Kami:

Beri Klu, Netizen Teka Han Sohee & Ryu Junyeol Kembali Jalin Hubungan Cinta?

Beri Klu, Netizen Teka Han Sohee & Ryu Junyeol Kembali Jalin Hubungan Cinta?

10 bulan selepas berpisah, ada yang mengatakan Ryu Jun-yeol dan Han So-hee kembali bersama.

Khabar angin ini timbul dek beberapa kebetulan yang tidak disangka. Pertama, mereka berdua ‘ditangkap’ berada di Paris, Perancis kini selain kedua-duanya secara kebetulan memuat naik Instagram Story yang memaparkan bunga.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen Ryu Jun-yeol pada salah satu gambarnya, “Paris, aku cinta kamu.” Ini menyebabkan beberapa netizen membuat spekulasi bahawa pelakon itu mungkin secara terbuka menyatakan perasaannya terhadap Han So-hee.

Di laman komuniti di Korea, sesetengah netizen percaya Han So-hee dan Ryu Jun-yeol mungkin telah berbaik semula. Bagaimanapun, yang lain berpendapat tidak semestinya mereka kembali menjalinkan hubungan hanya kerana keduanya berada di Paris dan memuat naik foto bunga pada hari yang sama.

ryu junyeol han sohee

Tambahan pula, ramai yang percaya bahawa bunga dalam entri Han So-hee adalah hadiah daripada Dior, kerana pelakon itu berkongsi foto beg hadiah daripada jenama tersebut bersama gambar bunga.

Han So-hee telah mengesahkan hubungannya dengan Ryu Jun-yeol pada pertengahan Mac lalu. Bagaimanapun, percintaan ini telah terpalit kontroversi, yang secara tak sengaja merosakkan imejnya di mata umum. Isu ini timbul daripada dakwaan Han So-hee adalah pihak ketiga yang mengganggu hubungan Ryu Jun-yeol dan Hyeri.

Semasa kontroversi itu, Han So-hee dan Hyeri saling menyindir secara halus di media sosial. Namun, Ryu Jun-yeol kekal berdiam diri ketika kedua-dua wanita tersebut bertelagah dalam talian.

Apabila dituduh menjadi “wanita lain,” Han So-hee menuntut Ryu Jun-yeol secara terbuka mendedahkan tarikh tepat dia berpisah dengan Hyeri. Tetapi, Ryu Jun-yeol enggan mematuhi permintaan Han So-hee. Sikapnya yang tak acuh membuatkan Han So-hee sangat kecewa, yang dipercayai menjadi salah satu sebab perpisahan awal mereka.

Entah lah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   DC Inside

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...