Disebabkan popular, apa-apa sahaja penampilan yang digayakan Song Ji-hyo pastinya akan menjadi perhatian ramai.
Terbaru, wanita itu telah menghadiri acara SAMSUNG iaitu ‘Bespoke Life’ di Community House Masil, Jung-gu.
Tampil kasual, penampilan Song Ji-hyo nyata menjadi fokus utama di acara berkenaan. Dengan mengenakan pakaian berwarna hijau, wajahnya yang kelihatan semakin muda dengan memakai kanta lekap berwarna sedikit cerah daripada warna hitam.
Bukan itu sahaja, rambutnya yang semakin panjang kini membuatkan peminat terimbau kembali rambut ikal yang biasa digayakan suatu ketika dahulu.
Dalam pada itu, acara tersebut turut dihadiri artis lain seperti Xiumin EXO, pasangan Yoon Seung-ah dan Kim Moo-yeol, Lee Ki-woo, Ha Seok-jin serta ramai lagi.
Bila Song Ji-hyo tak cantik kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉