Utama Rancangan Hiburan “Song Jihyo Selalu Minta Maaf Selepas Setiap Penggambaran ‘Running Man’..” – Yoo...

“Song Jihyo Selalu Minta Maaf Selepas Setiap Penggambaran ‘Running Man’..” – Yoo Jaesuk

yoo jaesuk song jihyo

Meskipun sentiasa bergurau namun ahli “Running Man” juga mempunyai sisi serius masing-masing.

Dalam episod terbaru ini, kesemua ahli telah melawat Dongducheon yang juga merupakan tempat kelahiran Yang Se-chan. Selain bermain, mereka turut bercerita mengenai pelbagai kisah.

Antara yang didedahkan oleh Yoo Jae-suk ialah mengenai panggilan telefon yang diterima daripada Song Ji-hyo selepas setiap rakaman,

Song Ji-hyo pasti akan menghubungi saya selepas penggambaran dan berkata, ‘Saya minta maaf, saya tak banyak bercakap kan?’ Sebenarnya saya terfikir sama ada perlu bercakap ataupun tidak tetapi saya terlepas untuk berkata-kata kerana terlalu banyak berfikir.

yoo jaesuk song jihyo

Jelasnya sebab lain pelakon wanita itu menghubunginya,

Tak pun, dia menghubungi dan bertanya, ‘Apa alamat awak? Saya nak hantar ikan kering’, atau ‘Saya nak hantar ceri Jepun’.

Mendengarkan pendedahan rawak Yoo Jae-suk ini, Song Ji-hyo hanya memandang ke bawah sambil menahan tawanya.

yoo jaesuk song jihyo

Banyak berfikir rupanya Song Ji-hyo..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Kyunghyang
Loading...