Ikuti Kami:

“Bunuh Semua” – Plot Twist Di Episod 3, Penonton Tulis Petisyen Minta ‘The First Responders 2’ Henti Tayangan

“Bunuh Semua” – Plot Twist Di Episod 3, Penonton Tulis Petisyen Minta ‘The First Responders 2’ Henti Tayangan

Siapa sangka “The First Responders 2” akan memberikan plot twist yang mengejutkan semasa tayangan episod ketiga kelmarin.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terbaru ini, kesemua pihak berwajib seperti polis, bomba dan forensik telah berusaha kerasa untuk mencari tahu dalam disebalik kebakaran bersiri yang membunuh kini.

Walau bagaimanapun, hari tak selalunya cerah apabila Bong Do-jin (Son Ho-jun) yang mementingkan nyawa seorang kanak-kanak terperangkap di dalam satu kebakaran terpencil telah menemui ajalnya.

Episod berkenaan nyata dipenuhi air mata oleh rakan bomba, polis serta adiknya, Bong An-na (Ji-woo) kerana seorang bomba berkemahiran meninggal dunia kerana cintanya pada tugas.

son hojun

Pun begitu, para penonton meluahkan rasa terkejut apabila melihat pelakon utamanya iaitu Son Ho-jun dimatikan begitu sahaja meskipun “The First Responders 2” masih di awal tayangan.

Komen penonton,

Tak, kenapa bunuh Son Ho-jun? Bukan dia teraju utama ke? Baru mula, tapi dah macam ni. Adakah dia akan hidup dalam episod akan datang.

 

Saya tonton Bulldozer dari episod pertama, macam tak masuk akal bunuh dia.

 

Bunuh je lah semua teraju utama, boleh kita tamatkan sahaja musim ini.

 

Saya menangis tonton kematian dia, kenapa menyakitkan sangat.

 

Apa masalah penulis ni.

 

Selamatkan Son Ho-jun!

Dalam pada itu, terdapat beberapa entri yang dimuat naik di perbincangan komuniti drama ini di laman web SBS yang meminta “The First Responders 2” menghentikan tayangan dek kematian yang langsung tak dijangka itu.

Untuk pengetahuan, naskhah ini membawa penonton melihat gabungan pihak polis, bomba, paramedik dan forensik dalam menyelesaikan pelbagai kes jenayah.

Sedihnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...