Ikuti Kami:

Buli Perkara Biasa Di Korea? Ini 4 Drama Menggambarkan Kisah Mangsa Buli Sebenar

Buli Perkara Biasa Di Korea? Ini 4 Drama Menggambarkan Kisah Mangsa Buli Sebenar

Buli adalah isu sosial yang sangat penting bukan sahaja di Korea, tetapi juga di negara lain.

Di Korea Selatan, banyak drama berkisar tentang kisah orang yang didera dan diserang akibat buli.

The Glory 

Untuk musim yang kedua, “The Glory” antara K-Drama mendapat rating tertinggi. Ada satu babak di mana Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) didera menggunakan pelurus rambut dan ini diadaptasi daripada kisah benar. Selepas episod itu ditayangkan, mangsa sebenar menceritakan kepada umum cerita sebenar bagaimana dia didera dan dibuli oleh rakan sekelasnya dengan pelurus rambut panas, penyepit rambut dan buku.

Tambahnya lagi, dia dibuli oleh rakan-rakan selama sebulan dan dia berasa sangat terseksa. Menurut Newsis, pelajar itu melecur teruk di badannya dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama lima hingga enam minggu. Tulang ekornya juga terkehel. Salah seorang pembuli itu telah ditangkap selepas siasatan dilakukan polis. Pihak sekolah dan guru telah dikenakan hukuman pentadbiran kerana tidak menangani kes itu dengan sewajarnya.

D.P.

Salah satu K-drama yang paling mengganggu emosi penonton ialah siri asal Netflix “D.P.”, iaitu mengenai askar Korea Selatan yang melarikan diri daripada latihan ketenteraan. Rancangan ini membuatkan penonton tertanya-tanya sama ada adegan kejam di dalam drama itu menggambarkan realiti di Korea Selatan. Ada sumber menyatakan ia bukan berdasarkan kisah benar yang spesifik tapi realiti semua yang digambarkan dalam “D.P” adalah perkara betul berlaku di pusat latihan ketenteraan.

The King of Pigs 

The King of Pigs kdrama buli

Pengarah drama ini menginspirasikan daripada kisahnya ketika berada di sekolah menengah. Yeun Sang-ho menekankan isu mangsa buli simpan dendam dan selepas itu menjadi pembuli kerana trauma akan masa lalunya. “The King of Pigs” ialah meditasi tentang keganasan dalam dunia remaja

Silenced

Apabila Kang In-ho (Gong Yoo) semakin dekat dengan pelajar, mereka mendedahkan kepadanya rahsia mengejutkan sekolah berkenaan rasuah yang berakar umbi, penyelewengan dan penderaan seksual kanak-kanak. Isu yang melibatkan kanak-kanak sangat ngeri dan jijik. Sepatutnya kanak-kanak dilindungi dengan sebaiknya supaya mereka membesar dengan aman dan menjadi manusia yang berguna ketika remaja.

Budaya buli di Korea

Kita dapat lihat melalui semua drama ini, budaya buli di Korea sudah menjadi perkara biasa bukan sahaja dalam kalangan remaja malah, orang dewasa juga sering terlibat dengan buli. Ada banyak lagi K-Drama dan K-Filem yang menumpukan tentang kejadian buli di Korea contohnya, drama “True Beauty”. Oleh kerana tidak mempunyai rupa paras yang cantik dan menarik, seseorang itu mempunyai peluang yang tinggi untuk dibuli.

kes buli di Korea

Angka terkini kerajaan Korea menunjukkan kes keganasan sekolah dan buli telah meningkat dalam tempoh sedekad yang dekad lalu. Presiden Yoon Suk-yeol berikrar untuk menamatkan keganasan sekolah dan kerajaan telah bergerak untuk memastikan rekod buli mesti ditunjukkan dengan lebih jelas apabila memohon ke universiti.

Namun organisasi guru berpendapat bahawa usaha itu tidak mencukupi dan lebih banyak penekanan harus diberikan untuk mencegah kanak-kanak daripada menjadi pembuli sejak awal.

Sukar untuk mangsa buli mengatasi masalah trauma kesan dibuli kerana mereka akan sentiasa berasa takut untuk berdepan dengan orang ramai. Ia boleh mengganggu kesihatan mental dan ada daripada mangsa tidak dapat menahan rasa sakit lalu pilih untuk bunuh diri. Budaya buli dalam kalangan masyarakat Korea patut dihentikan serta merta.

Kesian mangsa buli kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...