Ikuti Kami:

100 Produksi K-Drama 2024 Dibatalkan? Ini Sebab Dunia Drama Korea Hadapi Krisis Kini

100 Produksi K-Drama 2024 Dibatalkan? Ini Sebab Dunia Drama Korea Hadapi Krisis Kini

Dalam kepopularitian K-Drama di serata dunia, terdapat kepincangan yang berlaku di belakangnya.

Menurut laporan media Korea, terdapat banyak nakshah yang gagal untuk merebut platform tayangan di saluran televisyen dan OTT (laman penstriman). Bahkan ini merupakan krisis yang besar di dua pihak iaitu pihak produksi dan pihak penyiaran.

Hal ini kerana platform yang terlibat mempunyai slot tayangan yang terhad selepas mereka membatalkan slot untuk Isnin-Selasa dan Rabu-Khamis. Ada yang terpaksa mengurangkan siri asal dek kekangan kewangan.

business proposal

Kesan sampingan dari isu itu juga, terdapat lambakan produksi drama di mana pengeluaran berlebihan dari permintaan. Menurut pihak penyiaran, terdapat 100 drama yang tidak dapat tempat tayangan lagi meskipun sudah selesai mencari pelakon. Antaranya ialah “Until The Morning Rises” lakonan Han Suk-kyu, “The Mentalist” lakonan Park Si-hoo dan “Blue House People” lakonan Cha In-pyo serta banyak lagi.

Disebabkan itu, syarikat produksi menebak bahawa penghasilan drama akan berkurang sebanyak satu per tiga berbanding tahun lalu. Malah jumlah uji bakat yang dijalankan juga kian berkurang kini. Respon agensi yang memayungi pelakon sampingan,

Dalam kalangan pelakon ekstra dan watak kecil yang mencari rezeki menerusi lakonan, terdapat perasaan risau yang mula menular sekiranya kerja mereka akan hilang tak lama nanti.

all of us are dead

Ulas staf penyiaran lain,

Kini, kos produksi telah meningkat hingga 1.5 bilion won per episod dan kalau drama itu direncana pun, tiada kepastian sama ada ia akan ditayangkan atau pun tidak.

Hmmm.. nampaknya mungkin dah sampai masa kita mengurangkan masa menonton K-Drama.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...