Ikuti Kami:

Bulan Baharu Tiba! Nantikan 10 K-Drama Menarik Bakal Tayang Mac Ini

Bulan Baharu Tiba! Nantikan 10 K-Drama Menarik Bakal Tayang Mac Ini

Bulan Mac tiba!

Dalam bulan Januari dan Februari tahun ini, ada banyak K-Drama menarik yang telah ditayangkan bagi mengisi masa terluang peminat drama Korea seluruh dunia. Tambahan, untuk bulan Mac ini, akan ada beberapa lagi drama baharu pelbagai genre, dengan pelakon-pelakon hebat, akan dikeluarkan buat semua penggemar K-Drama. Lihat senarai di bawah:

1. CRAZY LOVE

kbs 2tv crazy love

Pelakon utama: Kim Jae-wook, Krystal

Tarikh tayangan: 7 Mac 2022

Platform: KBS 2TV & Disney+

“Crazy Love” membawa kisah seorang lelaki yang berpura-pura hilang ingatan apabila diberitahu dia akan dibunuh dan seorang wanita yang berlakon menjadi tunangannya. Kim Jae-wook akan melakonkan watak Noh Go-jin, seorang pengajar matematik hebat dalam negara dan CEO kepada GO Study. Manakala Krystal pula akan memegang watak Lee Shin-ah, setiausaha lelaki itu yang sentiasa bergerak dibawah perhatian orang lain.

2. SOUNDTRACK #1

soundtrack #1

Pelakon utama: Park Hyun-sik, Han So-hee

Tarikh tayangan: Mac (tarikh tetap masih belum diumumkan)

Platform: Disney+

“Soundtrack #1” merupakan drama muzik romantik mengenai seorang wanita dan lelaki yang sudah 20 tahun berkawan. Pun begitu, perasaan keduanya mula berubah apabila mereka tinggal sebumbung selama 2 minggu.

3. PACHINKO

pachinko kdrama

Pelakon utama: Lee Min-ho, Youn Yuh-jung, Kim Min-ha

Tarikh tayangan: 25 Mac 2022

Platform: Apple TV+

“Pachinko” merupakan projek global dan dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu Korea, Jepun dan bahasa Inggeris di mana ia memaparkan kronikal tidak boleh dilupakan mengenai peperangan dan kedamaian, cinta dan perpisahan, kemenangan dan hukuman. Ia diadaptasi daripada buku terlaris New York Times dengan nama yang sama.

4. TOMORROW

mbc tommorow

Pelakon utama: Kim Hee-sun, Rowoon SF9, Lee Soo-hyuk

Tarikh tayangan: 25 Mac 2022

Platform: MBC & Netflix

“Tomorrow” menceritakan kisah fantasi di tempat kerja dan menggembara di antara realiti dan juga kehidupan akhirat. Apabila dunia selepas kehidupan berada dalam situasi yang menggemparkan dek terdapat ramai roh hasil kes pembunuhan diri, satu pasukan pengurusan krisis telah turun ke bumi bagi menguruskan manusia yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengambil nyawanya sendiri dan membuatkan mereka mahu hidup semula.

5. THE MURDERER’S SHOPPING LIST

the murderer's shopping list

Pelakon utama: Lee Kwang-soo, Seol-hyun AOA

Tarikh tayangan: 30 Mac 2022

Platform: tvN

“The Murderer’s Shopping List” membawa kisah yang berlaku apabila satu mayat misteri dijumpai berdekatan sebuah flat di pinggiran Seoul. Kisah misteri dan komedi bermula dengan sekeping resit pasar raya.

6. KILL HEEL

kill heel

Pelakon utama: Kim Ha-neul, Lee Hye-young, Kim Sung-ryung

Tarikh tayangan: 9 Mac 2022

Platform: tvN

“Kill Heel” ialah sebuah drama mengenai ketegangan dunia beli-belah di rumah. Ianya akan memaparkan wanita meneruskan hidup dalam dunia yang penuh persaingan dan kuasa melibatkan hos program dengan personaliti berbagai.

7. A SUPERIOR DAY

a superior day

Pelakon utama: Jin Goo, Ha Do-kwon, Lee Won-geun

Tarikh tayangan: 13 Mac 2022

Platform: OCN

Diadaptasi daripada webtoon, “A Superior Day” membawa kisah thriller di mana seorang lelaki mempunyai masa 24 jam untuk membunuh pembunuh bersiri yang tinggal di sebelah rumahnya bagi menyelamatkan anak perempuan yang diculik.

8. THE KING OF PIGS

the king of pigs

Pelakon utama: Kim Dong-wook, Kim Sung-kyu, Chae Jung-ahn

Tarikh tayangan: 18 Mac 2022

Platform: TVING

Drama thriller ini mengikuti kisah individu yang pernah menjadi mangsa keganasan dek siri pembunuhan misteri, yang telah menerima mesej daripada rakan mereka pada 20 tahun yang lalu. Menerusi watak yang mempunyai nasib tragik ini, drama berkenaan menyingkap kisah sebenar mengenai keganasan di sekolah dan kekasaran yang meresap dalam masyarakat.

9. WHY HER

why her kdrama

Pelakon utama: Seo Hyun-jin, Hwang In-yeop, Bae In-hyuk

Tarikh tayangan: 18 Mac 2022

Platform: SBS, ViuTV

“Why Her” menceritakan tentang Oh Soo-Jae (Seo Hyun-Jin) iaitu seorang peguam, cukup berbakat untuk menjadi rakan kongsi termuda di TK Law Firm. Firma guaman itu secara meluas dianggap sebagai yang terbaik di Korea Selatan. Dia telah menjalani hidupnya untuk mencapai kejayaan, tetapi dia terlibat dalam kes yang tidak dijangka dan dia diturunkan pangkat untuk bekerja sebagai profesor tambahan di sekolah undang-undang. Di sekolah undang-undang, Oh Soo-Jae bertemu Gong Chan (Hwang In-Yeop). Dia seorang pelajar di sana. Gong Chan telah mengalami masa lalu yang menyakitkan, tetapi dia masih mempunyai hati yang hangat. Dia jatuh cinta dengan Oh Soo-Jae dan dia akan melakukan apa sahaja untuknya.

10. SHOWTIME BEGINS!

showtime begins!

Pelakon utama: Park Hae-jin, Jin Ki-joo

Tarikh tayangan: 4 Mac 2022

Platform: MBC

“Showtime Begins!” membawa kisah tentang Cha Cha-woong (Park Hae-jin), seorang ahli silap mata yang menawan dengan kemahiran yang luar biasa, tetapi ada lebih banyak lagi pada lelaki misteri ini, iaitu dia boleh melihat dan berinteraksi dengan hantu. Go Seul-hye (Jin Ki-joo) ialah seorang pegawai polis yang bekerja siang dan malam. Dia bukan sahaja rajin, tetapi juga bersemangat tentang pekerjaannya. Selepas dia bertemu dengan Cha-woong, mereka memulakan perjalanan yang menarik untuk menangkap orang jahat dan menyelesaikan kes jenayah. Plot berkembang apabila mereka secara beransur-ansur mengembangkan perasaan antara satu sama lain.

Drama yang mana korang paling tak sabar nak tonton?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...