Ikuti Kami:

Lee Kwangsoo & Seolhyun Sah Terajui Drama Komedi Misteri ‘Murderer’s Shopping List’

Lee Kwangsoo & Seolhyun Sah Terajui Drama Komedi Misteri ‘Murderer’s Shopping List’

Akhirnya tvN mengesahkan barisan pelakon untuk drama komedi misteri iaitu “Murderer’s Shopping List”.

Ianya membawa kisah yang berlaku apabila satu mayat misteri dijumpai berdekatan sebuah flat di pinggiran Seoul. Kisah misteri dan komedi bermula dengan sekeping resit pasar raya.

Lee Kwang-soo membawa watak Ahn Dae-sung, anak kepada empunya pasaraya MS Mart yang mempunyai kebolehan yang hebat pada masa lalu namun sudah 3 tahun gagal melepasi ujian peperiksaan awam kini. Malah dia hanya memiliki memori yang tidak berguna selain sangatlah penakut hinggakan tidak mampu berlari dari kebakaran. Bermula dari 10 tahun, kehidupannya mula berubah buruk.

tvn murderer's shopping list

Seol-hyun pula melakonkan watak Do Ah-hee, seorang pegawai polis bertenaga dari daerah Odong dan merupakan kekasih Dae-sung. Dia merupakan seseorang yang berfikiran mudah dan mempunyai Dae-sung sahaja dalam fikirannya sejak kecil. Apabila sebuah pembunuhan berlaku berdekatan flatnya, dia mula mencari siapakah dalangnya.

Jin Hee-kyung bertanggungjawab menghidupkan watak Jung Myung-seok, presiden MS Mart dan ibu kepada Dae-sung. Wanita itu menyayangi suaminya yang tidak berbakat namun kacak serta anaknya yang tak pandai namun baik hati. Dia merupakan seorang seorang yang berani kerana mampu membina pasar raya di kejiranan tersebut daripada kecil kepada bangunan dua tingkat yang mewah, malah semua barang boleh didapati di situ.

“Murderer’s Shopping List” dijangka akan memulakan tayangan pada separuh pertama 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...