Kemunculan semula BTS dengan album baharu “Proof” telah membuktikan gelaran mereka sebagai kumpulan lelaki K-Pop paling popular seluruh dunia.
Hanya dalam masa sehari setelah BTS mengeluarkan album baharu, kumpulan itu nampaknya telah berjaya mencipta rekod hebat di pelbagai platform muzik. Jom lihat antara pencapaian BTS setakat ini dengan album “Proof”!
“Yet to Come (The Most Beautiful Moment)” dominasi carta iTunes seluruh dunia
Setakat jam 7 pagi pada 11 Jun, “Yet to Come (The Most Beautiful Moment)” berada di No. 1 carta Lagu Teratas iTunes di sekurang-kurangnya 97 wilayah berbeza, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, Sepanyol, Jerman dan Denmark.
Album “Proof” no. 1 di carta album teratas iTunes
“Proof” berada No. 1 pada carta Album Teratas iTunes di sekurang-kurangnya 65 wilayah berbeza, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Sweden, Poland, Itali dan Belanda.
https://twitter.com/korea_odyssey/status/1535465586892804097
Album “Proof” terjual lebih 2.15 juta salinan hanya dalam satu hari
Menurut Carta Hanteo, setakat 11 Jun, jumlah jualan untuk album baharu BTS “Proof” telah mencapai lebih 2,155,363 juta salinan dalam masa hanya sehari selepas dikeluarkan.
Muzik video BTS “Yet to Come (The Most Beautiful Moment)” raih 5 juta sukaan
Kurang dari 12 jam selepas dikeluarkan, muzik video bagi judul lagu “Yet to Come (The Most Beautiful Moment” telah berjaya meraih 5 juta sukaan di YouTube, dengan hampir 50 juta tontonan.
“Yet To Come (The Most Beautiful Moment)” No. 1 di carta 100 teratas Melon
Ini adalah kali pertama mana-mana artis, mana-mana lagu, pernah berada di No.1 dalam carta ‘100 Teratas’ Melon kurang daripada 24 jam selepas dikeluarkan, sejak carta itu dijenamakan semula pada Ogos 2021.
Tahniah BTS dan ARMY!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.