Ikuti Kami:

Akan Comeback Dengan Album Baharu ‘Proof’ Hari Ini, BTS Luah Rasa Gementar & Teruja

Akan Comeback Dengan Album Baharu ‘Proof’ Hari Ini, BTS Luah Rasa Gementar & Teruja

Siap sedia ARMY! BTS akan kembali dengan album baharu hari ini!

Dengan hanya beberapa jam sahaja lagi sebelum album baharu BTS “Proof” dikeluarkan, semua ahli telah berkongsi pendapat dan perasaan tentang kepulangan mereka yang sangat dinanti-nantikan.

Untuk pengetahuan, album “Proof” ialah album antologi tiga CD yang akan menampilkan tiga lagu baharu bersama-sama pelbagai lagu hit masa lalu kumpulan itu. Sempena sambutan ulang tahun ke-9 BTS yang akan datang, “Proof” akan merangkumi diskografi bercerita kumpulan itu, melalui lagu yang dipilih secara peribadi oleh ahli BTS yang mencerminkan pemikiran mereka pada masa lalu, sekarang dan masa depan BTS.

bts proof

Pada awalnya, ketua kumpulan RM berkongsi perasaannya,

Saya sentiasa gugup apabila kami mengeluarkan lagu baharu buat kali pertama. Saya harap ramai yang menyukainya.

Ahli tertua kumpulan itu Jin, turut menyatakan,

Oleh kerana ‘Proof’ adalah album yang merangkumi sejarah BTS, ia terus mengingati kenangan berbeza sejak sembilan tahun lalu. Saya sendiri akan sering mendengarnya. Disebabkan terdapat lagu-lagu baharu dan lagu-lagu yang belum dikeluarkan dalam album, peminat juga akan dapat menikmati mendengarnya.

Suga turut menyatakan,

Oleh kerana ia adalah album yang merangkum sejarah BTS, kami memberi perhatian yang teliti tentang bagaimana lagu-lagu itu disusun dalam album itu. Jika anda mendengar album bermula dari lagu pertama, pasti ada keseronokan mendengarnya mengikut urutan.

bts

J-Hope yang tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya untuk keluaran muzik baharu ini turut meluahkan,

Oleh kerana ini kali pertama kami mengeluarkan album dalam masa yang lama, saya teruja dan gembira. Saya mahu menikmati album bersama peminat kami secepat mungkin.

Ji-min juga mengaku,

Oleh kerana ia adalah album baharu pertama kami dalam masa yang lama, saya berasa gembira dan pelik pada masa yang sama.

Kemudian, V turut berkongsi bahawa album ini merupakan ‘hadiah’ buat peminat yang setia bersama mereka sejak awal lagi,

Memandangkan ia adalah album yang merakamkan perjalanan kami selama sembilan tahun yang lalu, saya sangat berharap ia akan menjadi hadiah berharga untuk peminat yang sentiasa menceriakan kami dan telah mencipta sejarah untuk kami.

Akhir sekali, ahli termuda BTS Jung-kook berkata,

Rasanya seperti kami telah menulis buku yang sangat tebal dan kini sedang menyelesaikannya.

Nantikan album BTS “Proof” dan muzik video untuk lagu utamanya “Yet to Come (The Most Beautiful Moment)” akan dikeluarkan pada 10 Jun hari ini, jam 12 tengah hari!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...