Meskipun sudah lebih 15 tahun berada dalam industri hiburan, SUPER JUNIOR nampaknya masih kekal menjadi idola K-Pop kegemaran ramai.
Pada 12 Julai, SUPER JUNIOR telah kembali menemui peminat dengan album penuh ke-11 “The Road : Keep on Going” bersama-sama dengan muzik video untuk judul lagu “Mango”.
Tidak lama selepas lagu itu dilancarkan, “Mango” telah berjaya mendahului carta Lagu Teratas iTunes di enam wilayah termasuk Chile, Guatemala, Paraguay, Peru, Filipina dan Arab Saudi, serta lagu itu juga menduduki tempat tinggi dalam carta di sejumlah 18 wilayah.
Bukan itu sahaja, album “The Road : Keep on Going” turut mengungguli carta Album Teratas iTunes di 23 wilayah termasuk Brazil, Chile, Colombia, Ecuador, Guatemala, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Macao, Vietnam, Mexico, Panama, Paraguay, Peru, Filipina, Poland, Arab Saudi, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan Malaysia sendiri.
Tahniah SUPER JUNIOR! Jom dengar lagu baharu mereka di atas.