J-Hope telah membuktikan popularitinya sebagai salah seorang ahli BTS!
Pada 15 Julai, J-Hope telah melancarkan album debut solonya “Jack In The Box” dan lagu tajuk kedua “Arson”. Untuk pengetahuan, tajuk lagu pertama “MORE” telah dikeluarkan sebagai single pra-keluaran dua minggu lalu.
Belum sehari selepas dilancarkan, kedua-dua “Arson” dan album “Jack In The Box” telah melonjak ke puncak carta iTunes di banyak negara seluruh dunia.
https://twitter.com/charts_k/status/1548026488384921600
Setakat 16 Julai, “Arson” berjaya berada di No. 1 pada carta Lagu Teratas iTunes di sekurang-kurangnya 62 wilayah berbeza, manakala album “Jack In The Box” telah mencapai No. 1 pada carta Album Teratas iTunes dalam sekurang-kurangnya 49 wilayah berbeza.
Ketika pertama kali dilancarkan pada 1 Julai, judul lagu pertama “MORE” turut berjaya merebut No.1 dalam carta Lagu Teratas iTunes di 84 wilayah berbeza, hanya dalam masa 18 jam selepas dikeluarkan.
Tahniah J-Hope! Jom dengarkan “Arson” di atas.