Ikuti Kami:

Bukti Beri Pengaruh Baik, Kelab Peminat Kim Seonho Derma Lebih RM41K Ke Yayasan Leukemia

Bukti Beri Pengaruh Baik, Kelab Peminat Kim Seonho Derma Lebih RM41K Ke Yayasan Leukemia

Memberikan pengaruh yang baik kepada peminat, Kim Seon-ho sememangnya seorang selebriti yang layak diidolai ramai.

Terbaru, Yayasan Leukemia Kanak-kanak Korea iaitu sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan sosial untuk kanak-kanak yang menghidap kanser, mengumumkan bahawa kelab peminat rasmi Kim Seon-ho iaitu ‘Seonhohada’ telah menderma sebanyak 12.2 juta won (RM41,383), bagi memberikan sumbangan buat pesakit di situ.

Selain itu, kelab peminat lain Kim Seon-ho iaitu ‘The Giving Tiger’ turut menderma sejumlah 1.23 juta won (RM4,174) bagi membantu pembuatan Kimchi buat golongan orang susah di Korea.

kim seonho

Untuk pengetahuan, sebelum ini, Kim Seon-ho juga telah menyumbangkan semua keuntungan daripada acara pertemuan peminat luar taliannya di Seoul, kepada mereka yang memerlukan.

Patut la ramai sayang Kim Seon-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...