Ikuti Kami:

“Bukankah BLACKPINK Akan Bertahan 10 Tahun Lagi?” – Lisa Ulas Masa Depan Kumpulan

“Bukankah BLACKPINK Akan Bertahan 10 Tahun Lagi?” – Lisa Ulas Masa Depan Kumpulan

Kerjasama antara BLACKPINK dan majalah popular Rolling Stone pastinya menjadi sesuatu yang menggembirakan peminat, kan?

Untuk pengetahuan, BLACKPINK telah mencipta satu lagi sejarah sebagai kumpulan gadis K-pop pertama yang dipaparkan di muka depan Rolling Stone.

Semasa sesi temu bual untuk majalah tersebut, kesemua ahli seronok mengingat kembali tentang masa awal kumpulan itu sebagai pelatih di YG Entertainment. Rosé berkongsi,

Pergi membeli-belah barangan runcit sangat menyeronokkan. Kami akan memasak bersama-sama selepas seharian berlatih. Tiada yang menakjubkan, semua barangan beku. Tetapi saya masih merindui rasa makanan itu.

blackpink rolling stone

Pejam celik pejam celik, siapa sangka BLACKPINK sudah pun bersama dengan peminat selama hampir 6 tahun kini. Kata Lisa,

Bukankah BLACKPINK akan bertahan sekurang-kurangnya 10 tahun lagi? Kami akan berusia hampir 40 pada masa itu. Suatu hari nanti kami akan berkahwin dan perkara-perkara seperti itu. Tetapi kemudian saya melihat Spice Girls, bagaimana mereka berkumpul untuk konsert perjumpaan semula. Bolehkah kita melakukannya juga suatu hari nanti? Adakah saya boleh menari kemudian, seperti yang saya lakukan sekarang?

Jennie juga turut menambah,

Walaupun kami berusia 70 tahun dan kami mempunyai kehidupan yang berbeza, saya akan tetap berasa seperti saya BLACKPINK. Saya tidak fikir BLACKPINK akan berakhir di hati saya. Ia adalah sebahagian daripada keluarga saya. Anda tidak boleh menafikan keluarga anda.

Seronoknya tengok BLACKPINK bersama!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...