Semua orang pastinya akan mempunyai pendapat sendiri terhadap sesuatu perkara, kan?
Begitu juga dengan beberapa penonton yang kurang gemar dengan drama “Gyeongseong Creature” dan mendakwa bahawa plot siri berkenaan adalah membosankan.
Dalam satu temu bual, salah seorang pelakon utama iaitu Park Seo-joon memberi respon mengenai reaksi negatif yang diterimanya. Jelasnya,
Saya menjauhkan diri dari kritikan yang keras. Bukannya saya menolak kritikan tersebut tetapi saya fikir saya cuba memberi lebih perhatian kepada komen yang baik supaya tidak terus rasa ‘jatuh’.
Sambungnya lagi,
Terdapat beberapa maklum balas negatif tentang bagaimana drama itu dibahagikan kepada dua bahagian, tetapi saya bukan boleh buat apa-apa. Saya juga adalah penonton yang suka menonton terus drama dengan semua episod, jadi saya faham kritikan penonton mengenai keluaran dua bahagian. Tapi dengan ini, kita boleh lihat bahawa penonton ada jangkaan untuk tonton drama ini.
Sementara itu, “Gyeongseong Creature” telah disahkan akan kembali dengan musim kedua, dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini.
Nantikan!