Ikuti Kami:

“3 Minggu Saya Diet..” – Tak Berbaju, Park Seojoon ‘Belanja’ Badan Tegap & Berotot

“3 Minggu Saya Diet..” – Tak Berbaju, Park Seojoon ‘Belanja’ Badan Tegap & Berotot

Ingin menunjukkan lakonan yang hebat, Park Seo-joon pastinya melakukan banyak persiapan untuk dramanya “Gyeongseong Creature”.

Baru-baru ini, Park Seo-joon telah memuat naik video baru laman YouTubenya, di mana dia ada berkongsi di sebalik tabir penggambaran drama “Gyeongseong Creature”.

Dalam video itu, pelakon tersebut ada menjelaskan mengenai wataknya Jang Tae-sang,

Jang Tae-sang adalah lelaki yang sangat baik. Dia serupa dengan saya dari segi kelangsungan hidup dan keikhlasan. Perbezaannya, dia sangat kaya dan kira-kira 80 tahun lebih tua dari saya.

park seojoon

Kemudian, mengenai persiapan yang dia lakukan untuk menjayakan watak tersebut,

Saya sedang berdiet. Saya hanya akan makan dada ayam dan keledek. Saya sedang melakukan diet tiga minggu kerana saya mempunyai adegan tanpa baju.

Selain itu, Park Seo-joon juga turut membuatkan netizen kagum melihat badan tegapnya apabila lelaki itu dilihat membuka baju sambil bersenam, seperti melakukan tekan tubi dan pelbagai senaman lain sementara menunggu penggambaran bermula.

Sementara itu, “Gyeongseong Creature” akan kembali dengan musim kedua, dijangka bakal menemui penonton pada tahun ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...