Aktif dalam dunia lakonan, pasti ramai yang ingin melihat Krystal kembali dalam bidang nyanyian kan?
Baru-baru ini, Krystal telah terlibat dengan satu temu bual khas bagi menceritakan sedikit sebanyak tentang filem “Cobweb”.
Ketika sesi temu bual, Krystal atau nama sebenarnya Jung Soo-jung telah berkongsi rancangannya untuk aktiviti pada masa hadapan. Dia berkata,
Saya tidak takut pada perubahan dan saya mahu melakukan segala-galanya. Saya rasa saya masih belum terlibat dengan melodrama lagi.
Kemudian mengenai aktivitinya sebagai seorang penyanyi, dia meluahkan,
Bukan saya sengaja tetapi masanya tidak sesuai. Bukannya saya tidak pernah memikirkannya. Sekarang ia seperti era di mana tiada prejudis terhadap penyanyi-pelakon, saya suka kita boleh melakukan segala-galanya.
Jelasnya lagi,
Menjadi pelakon dan penyanyi adalah berbeza tapi ia telah membantu saya. Saya belajar aktiviti berpasukan, lakonan juga saya tidak boleh lakukan seorang diri. Menari juga banyak membantu saya dalam melakukan aksi.
Apa-apa pun, kami akan tetap sokong Krystal!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.