Tak lama lagi, penonton akan dapat saksikan filem hebat baru berjudul “Cobweb”!
Untuk pengetahuan, “Cobweb” yang diterajui Song Kang-ho, Oh Jung-se, Jeon Yeo-been, Im Soo-jung dan Krystal, adalah kisah yang berlaku pada tahun 1970-an. Ia mengikuti pengarah Kim yang bergelut untuk menjalani penggambaran semula pengakhiran filemnya.
Dalam satu temu bual, Krystal yang memainkan watak pelakon popular Han Yu-rim berkata,
Setiap hari saya berasa seperti memakai kostum Halloween. Memakai solekan yang minimal terasa seperti langsung tidak memakai solekan. Saya sentiasa mahu mencuba rambut dan solek tahun 1970-an, jadi saya mempunya sebab untuk sertai ‘Cobweb’.
Kemudian, Oh Jung-se juga turut mendedahkan bahawa dia mempunyai babak ranjang bersama wanita itu dalam filem tersebut. Mengenai ini, Krystal memberi respon,
Ia adalah adegan dalam filem yang diperlukan dan ia telah dijalankan dengan lancar, tanpa kesukaran.
Apabila ditanya pengalamannya bekerja dengan Oh Jung-se, dia berkata,
Dia telah banyak membantu. Lelaki itu seperti bank idea dan dia sangat bagus dengan ad-libs. Terima kasih kepadanya, saya dapat menikamti beberapa detik lakonan spontan. Ia benar-benar pengalaman yang hebat.
Sementara itu, “Cobweb” akan mula ditayangkan di pawagam pada 27 September ini. Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.