Ikuti Kami:

Bukan Song Joongki, Ini Pelakon Yang Paling Banyak Disebut Di Internet Pada 2022

Bukan Song Joongki, Ini Pelakon Yang Paling Banyak Disebut Di Internet Pada 2022

Baru-baru ini, sistem analisis kandungan siaran RACOI (singkatan untuk ‘Analisis Respon terhadap Kandungan Internet) telah melancarkan kedudukan pelakon Korea yang paling banyak menjadi sebutan di Internet pada tahun 2022.

Menerusi keputusan yang diumumkan, Park Eun-bin berjaya menduduki tempat pertama dengan 797 mata untuk penampilannya dalam drama “Extraordinary Attorney Woo”, menewaskan Song Joong-ki dari siri “Reborn Rich” dengan 738 mata.

Kemudian, ianya diikuti dengan Kim Tae-ri di tempat ketiga dari drama “Twenty Five Twenty One” sebanyak 581 mata dan Kang Tae-oh dari “Extraordinary Attorney Woo” di tempat keempat.

pelakon korea popular 2022

Berikut adalah senarai penuh untuk Top 10 pelakon Korea yang paling banyak disebut di Internet pada tahun 2022:

  1. Park Eun-bin (“Extraordinary Attorney Woo”)
  2. Song Joong-ki (“Reborn Rich”)
  3. Kim Tae-ri (“Twenty Five Twenty One”)
  4. Kang Tae-oh (“Extraordinary Attorney Woo”)
  5. Nam Joo-hyuk (“Twenty Five Twenty One”)
  6. Kim Se-jeong (“Today’s Webtoon”)
  7. Park Min-young (“Love in Contract”)
  8. Lee Jong-suk (“Big Mouth”)
  9. Im Yoon-a (“Big Mouth)
  10. Lee Sung-min (“Reborn Rich”)

Tahniah semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...