Ikuti Kami:

“Bukan Sekadar Penyanyi & Penari Hebat”- Jennie BP Akui Usaha Keras Ketika Jadi Pelatih

“Bukan Sekadar Penyanyi & Penari Hebat”- Jennie BP Akui Usaha Keras Ketika Jadi Pelatih

Wah, Jennie BLACKPINK jadi mentor untuk kumpulan baru dari YG Entertainment la.

Baru-baru ini, penyanyi dari kumpulan BLACKPINK iaitu Jennie telah muncul sebagai mentor dalam sebuah rancangan berjudul “BABYMONSTER-Last Evaluation” di saluran YouTube YG Entertainment.

Untuk maklumat, “BABYMONSTER-Last Evaluation” merupakan sebuah program dari YG Entertainment yang bertujuan untuk melahirkan kumpulan idola perempuan baru. Bagaimanapun, kesemua pelatih perlu menghadapi pelbagai halangan sebelum berjaya debut menjadi sebahagian dari BABYMONSTER.

Dalam video tersebut, Jennie sedang memerhatikan prestasi peserta dari kumpulan A dan dia meluahkan rasa kagumnya selepas mendengar suara salah seorang peserta pasukan itu iaitu Pharita. Dia berkata,

Saya rasa nyanyian awak sangat baik dan suara awak bermain dalam fikiran saya.

Jennie bp

Kemudian dia juga memilih seorang lagi peserta iaitu Ah-yeon disebabkan bakatnya yang hebat.

Saya dapat melihat anda mempunyai bakat terbanyak di kalangan ahli.

Selepas memberi penilaian kepada peserta itu, dia juga berkongsi pengalamannya dan cara untuk kekal tenang sebelum melakukan persembahan.

Sebelum naik pentas, daripada memikirkan perkara seperti ‘Bagaimana jika saya tidak sama dengan yang lain?’ Saya memikirkan bagaimana saya akan mengejutkan semua orang yang duduk di luar sana. Sebelum ini, saya selalu salah lagu, salah menari dan tidak dapat membina kord semasa saya menjadi pelatih. Tetapi saya sangat yakin akan satu perkara, saya boleh melakukannya.

jennie bp

Tambah Jennie lagi, dia merasakan kumpulan BLACKPINK bukanlah sekadar untuk menjadi penyanyi dan penari terbaik tetapi usaha yang membolehkan mereka menjadi bintang idola terkenal.

Saya fikirkan untuk BLACKPINK, ia bukan tentang kami berempat menjadi penyanyi atau penari terbaik. Ada satu perkara yang saya masih ingat sehingga hari ini ialah, kami (BLACKPINK) berfikir, jika tidak ini, saya akan mati. Itulah cara kami berusaha bersungguh-sungguh kerana tiada apa yang menghalang kami.

Jelasnya lagi,

Saya fikir ia adalah baik jika seseorang memberitahu saya perkara ini semasa saya menjadi pelatih. Itulah sebabnya saya menyatakan semua perkara ini kepada awak semua dan saya berharap yang saya tahu semasa menjadi seorang pelatih.

Apa-apa pun sekarang Jennie sudah menjadi penyanyi yang terkenal di seluruh dunia!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...