Ikuti Kami:

Rampas Tahkta Little Mix Di Guinness World Records, BLACKPINK Cipta Sejarah Di Spotify

Rampas Tahkta Little Mix Di Guinness World Records, BLACKPINK Cipta Sejarah Di Spotify

Nampaknya, BLACKPINK terus menunjukkan impak global mereka yang besar dengan berjaya mencipta rekod menakjubkan sekali lagi.

Terbaru, BLACKPINK telah diiktiraf oleh Guinness World Records kerana kumpulan itu berjaya mendapat paling banyak strim lagu dalam sejarah Spotify selepas menyingkirkan kumpulan dari British iaitu Little Mix dari tempat teratas.

Untuk maklumat, lagu BLACKPINK telah mengumpulkan jumlah penstriman lagu sebanyak 8,880,030,049 secara keseluruhan. Antara lagu yang mendapat paling banyak pentsriman adalah “How You Like That” dengan 746,198,263 strim, “Kill This Love” dengan 672,084,360 dan “DDU-DU DDU-DU” dengan 574,613,362.

Disebabkan jumlah yang dikumpul itu, ia berjaya membuatkan BLACKPINK mengambil alih kedudukan teratas Little Mix dan merupakan peristiwa yang hebat dalam dunia K-Pop serta Korea Selatan.

Kemudian, peminat kumpulan itu telah meninggalkan komen di Twitter Guinness World Records dengan ucapan tahniah buat BLACKPINK. Antaranya adalah,

Saya sangat berbangga dengan BLACKPINK, mereka tidak dapat dihalang.

 

Selayaknya! Tahniah BLACKPINK.

 

Mereka memang selayaknya mendapat penghargaan itu.

 

Apa-apa pun tahniah BLACKPINK!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...