Baru-baru ini, bekas ahli AFTER SCHOOL iaitu Nana telah menjadi perhatian, dengan penampilannya yang bertatu hampir memenuhi satu badan.

Terbaru pada 27 September, sidang media untuk siri Netflix akan datang iaitu “Glitch” telah diadakan di Seoul. Ianya dihadiri pelakon utama Jeon Yeo-been dan Nana bersama dengan pengarah Nodeok.
Selain berborak mengenai drama tersebut, Nana turut memberi respon mengenai tatu di badannya yang menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini. Jelas penyanyi dan pelakon itu,
Bukan Bora (nama watak) yang buat saya tertarik. Ini adalah tatu yang saya sendiri nak buat. Saya tidak pasti sama ada suatu hari nanti saya boleh beritahu awak mengapa saya buat tatu ini. Ini hanyalah tatu peribadi.
Dalam pada itu, “Glitch” mengisahkan tentang dua wanita, Ji-hyo dan Bo-ra. Ji-hyo (Jeon yeo-been) ialah seorang wanita yang boleh melihat makhluk asing, manakala Bo-ra (Nana) ialah wanita yang mengejar makhluk asing sepanjang hidupnya. Suatu hari, teman lelaki Ji-hyo hilang dari muka bumi dan mereka berdua bekerjasama untuk menyelesaikan misteri itu.
Jangan lupa tonton “Glitch” bakal ditayangkan pada 7 Oktober ini di Netflix!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.