Bukan saja boleh berlakon malahan, Park Eun-bin juga turut mempunyai bakat dalam tarian!
Terbaru pada 5 November, Park Eun-bin telah berjumpa dengan peminatnya melalui acara perjumpaan peminat ‘2022 Park Eunbin Asia Fan Meeting Tour’ di Bangkok, Thailand.
Selepas seronok berinteraksi dengan peminat, pelakon itu mengucapkan rasa syukurnya atas sokongan yang diberikan dan turut mempersembahkan lagu BLACKPINK “Shut Down”. Siapa sangka, Park Eun-bin sebenarnya boleh menari!
https://twitter.com/kdramasfilm/status/1588882816435367936?s=20&t=s5a6b2ewJ6PV_DAvcZvjKA
Antara reaksi netizen selepas melihat video tarian Park Eun-bin:
Dia bekerja keras dalam semua yang dia lakukan.
Apa yang dia tidak boleh buat? Dia betul-betul pandai dalam segala-galanya.
Park Eun-bin memang serba boleh dalam semua perkara.
Comel je Park Eun-bin!