Ikuti Kami:

Berlakon Sejak Kecil, Nam Jihyun Luah Hasrat Ingin Bekerja Dengan Park Eunbin & Lee Seyoung

Berlakon Sejak Kecil, Nam Jihyun Luah Hasrat Ingin Bekerja Dengan Park Eunbin & Lee Seyoung

Korang dah layan ke episod akhir drama “Little Women”?

Terbaru, Nam Ji-hyun yang memainkan watak sebagai On In-kyung iaitu anak perempuan kedua dan seorang wartawan dalam “Little Women”, telah terlibat dengan satu temu bual susulan tamatnya drama berkenaan.

Untuk pengetahuan, Nam Ji-hyun telah mula berlakon seawal umurnya 9 tahun, dan 2022 merupakan tahun ke-19 pelakon itu terlibat dalam dunia lakonan. Ketika sesi temu bual, Nam Ji-hyun berkongsi bahawa dia berasa rapat secara emosi dengan rakan pelakon kanak-kanaknya yang lain seperti Park Eun-bin dan Lee Se-young.

nam jihyun

Khususnya, Park Eun-bin dan Nam Ji-hyun mengambil jurusan psikologi bersama ketika belajar dan mereka berdua turut pergi ke kolej yang sama. Tambahan pula, mereka pernah bekerjasama sebagai pelakon kanak-kanak menerusi drama “The Great Queen Seondeok”.

Nam Ji Hyun berkongsi rasa bangganya apabila melihat pelakon kanak-kanak lain yang berjaya kini, dengan berkata,

Saya berasa sangat bangga melihat pelakon kanak-kanak lain terus berjaya. Saya pernah membayangkan saya dapat bekerja dalam projek yang sama dengan pelakon kanak-kanak lain secara kebetulan. Saya rasa ia akan menjadi sangat menyeronokkan.

Jelas Nam Ji-hyun,

Saya telah bertemu sebahagian daripada mereka melalui projek. Mereka semua melalui pengalaman yang sama seperti saya. Ada sesuatu yang anda kongsikan dengan mereka tanpa perlu bersuara lantang.

nam jihyun

Seronok juga kalau dapat lihat mereka bergandingan sekali, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...