Ikuti Kami:

Bukan Sahaja Punyai Bakat Besar, 5 Selebriti Wanita Ini Juga Pernah Menjadi Pelajar Cemerlang

Bukan Sahaja Punyai Bakat Besar, 5 Selebriti Wanita Ini Juga Pernah Menjadi Pelajar Cemerlang

Korang mungkin selalu tengok pelakon Korea di kaca TV sebagai seorang yang sangat berbakat kan?

Namun, tahukah korang 5 selebriti wanita ini pernah mendapat keputusan cemerlang semasa menjadi seorang pelajar.

Kim Taehee

selebriti korea pelajar cemerlang

Sebelum Kim Tae-hee menjadi bintang besar, dia sebenarnya adalah orang yang diminati ramai semasa di kolej. Dia bukan sahaja dipuja kerana wajahnya yang cantik, dia juga dikagumi kerana kepintarannya. Bintang “Hi, Bye Mama” itu belajar di Universiti Kebangsaan Seoul yang berprestij di bawah kursus sains semula jadi dan pengajian pakaian yang popular ketika itu.

Menurut pakar kemasukan kolej, semasa Kim Tae-hee menduduki peperiksaan, dia mendapat markah antara 385 hingga 390 daripada 400.

Nam Jihyun

selebriti korea pelajar cemerlang

Nam Ji-hyun sedaya upaya untuk menyelesaikan pendidikannya. Malah, dia sebenarnya mengambil cuti beberapa hari daripada penggambaran “Suspicious Partner” ketika itu untuk sambung belajar. Pelakon itu memulakan kolej pada 2014, apabila dia diberikan kemasukan awal untuk sambung belajar di Universiti Sogang dan mengambil jurusan psikologi.

Ha Yeonjoo

selebriti korea pelajar cemerlang

Selain mempunyai rupa paras yang cantik, Ha Yeon-joo adalah salah seorang pelakon paling bijak di Korea Selatan. Dia juga ahli MENSA yang mempunyai IQ 156. Dalam satu temu bual, Ha Yeon-joo berkongsi bahawa dia kali pertama mengambil ujian IQ serta dia hanya menjawabnya tanpa banyak berfikir. Wah! Sangat mengagumkan.

Yoo Inna

selebriti korea pelajar cemerlang

Yoo In-na ialah seorang wanita muda cerdas yang tidak menghadapi masalah untuk menjadi seorang pelajar cemerlang semasa di sekolah. Menurut sumber, bintang “Touch Your Heart” itu pernah menyatakan bahawa dia sentiasa mendapat nombor satu semasa di sekolah rendah.

Semasa saya di sekolah rendah, ada ketika saya dapat nombor satu sehingga saya di darjah empat, seperti orang lain, saya cukup pandai belajar.

Kim Sohyun

selebriti korea pelajar cemerlang

Daripada wataknya yang terkenal dalam “Moon Embracing the Sun”, ramai penonton K-Drama menjadi peminatnya kerana bakat lakonan yang mengagumkan. Tetapi adakah korang tahu dia juga merupakan seorang pelajar harapan? Pelakon drama “Love Alarm” itu didedahkan mempunyai rekod transkrip cemerlang di sekolah di mana dia telah menerima markah 91.50 dalam bahasa Korea, 87.40 dalam Matematik dan 92.78 untuk subjek Sains.

Sangat hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...