Ikuti Kami:

Bukan Sahaja Lagu Tempatan, 5 Komposer Malaysia Ini Juga Tulis Lagu Untuk Artis K-Pop

Bukan Sahaja Lagu Tempatan, 5 Komposer Malaysia Ini Juga Tulis Lagu Untuk Artis K-Pop

Penyanyi Korea Selatan sangat terkenal dengan lagu-lagu mereka yang menarik, gerak tarian yang memukau dan ini merupakan salah satu sebab kenapa ia sangat popular di seluruh dunia.

Tahukah korang, disebalik tadbir pembikinan lagu-lagu yang indah itu ada orang ternama dari Malaysia yang berjaya menghasilkan kariya terbaik.

Yuna

Yuna & Epik High

Nama yang berbakat besar ini tidak asing lagi di Malaysia. Selain mencipta nama di negara sendiri, Yuna bukan sahaja berjaya menjadikan namanya popular di Eropah malah di Korea Selatan juga. Penyanyi dan penulis lagu Yuna pertama kali bertemu kumpulan hip-hop Korea Selatan Epik High di Festival Muzik Coachella di Amerika Syarikat tiga tahun lalu.

Pertemuan itu telah membawa kepada kolaborasi muzik antara mereka. Pada 2019, Epik High mengumumkan pelancaran album terbaru mereka dengan teaser tentang kerjasama berpasukan dengan artis antarabangsa iaitu Yuna.

Joe Flizzow

Joe Flizzow dan artis kpop

Joe Flizzow merupakan antara salah satu penyanyi rap yang berjaya menaikkan seni nyanyian itu di Malaysia. Beliau telah berkolaborasi bersama artis popular dari Korea, Jay Park dan penyanyi rap berbakat yang sedang meningkat naik di Malaysia, MK K-Clique. Mereka bersama-sama mencipta idea untuk mengeluarkan lagu diberi tajuk Ciao semasa musim pandemik Covid-19.

Penyanyi rap berusia 40-an itu mengakui bahawa pandemik global menyukarkan keadaan, tetapi beliau percaya ia tidak mustahil. Semasa produksi, ketiga-tiga pemuzik itu berada jauh dengan MK di Kota Kinabalu dan Jay Park di luar negara. Bagaimanapun, lagu itu telah siap dalam tempoh beberapa hari selepas mereka menghantar rakaman masing-masing kepada Joe.

Zayson

Zayson tulis lagu Kpop

Dilahirkan di Malaysia, kesenian Zayson berakar pada ciptaan semula, menggabungkan pengaruh dan bunyi yang berbeza. Dilengkapi dengan pendidikan formal dalam pentadbiran perniagaan, kejuruteraan audio dan pengeluaran muzik, terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari tentang penerbit muda yang semakin meningkat; menjadikan perjalanannya sebagai satu yang mesti diikuti oleh setiap peminat K-Pop atau pencinta muzik.

Dia telah memperkayakan visi kreatif Taeyong melalui demo di SoundCloud dan keluaran rasmi di bawah SM Entertainment antaranya ialah lagu ‘Love Theory’. Beliau terus menyebarkan wawasan seninya dengan lebih luas, sumbangan muzik Zayson tidak terhad kepada rakan karibnya sahaja. Dalam masa tiga tahun sahaja, Zayson telah memainkan peranan penting dalam menghidupkan beberapa lagu hits terhebat NCT DREAM, Baekhyun EXO dan Suran.

Audi Mok & Tysha Tiar 

audi mok & tysha tiar

Korang pasti selalu dengar nama Audi Mok ketika menonton Anugerah Juara lagu kerana beliau merupakan nama yang sangat disegani dalam dunia seni hiburan di Malaysia. Ramai penyanyi hebat menyanyikan lagu yang ditulis beliau antaranya penyanyi nombor 1 negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Dengan bakat yang dimiliki, Audi Mok bekerjasama bersama seorang lagi penyanyi dan penulis lirik muda Malaysia, Tysha Tiar. Mereka mendapat ilham untuk menulis lagu untuk kumpulan K-Pop baharu Korea. Ia merupakan pencapaian yang membanggakan bagi anak muda itu kerana telah berjaya bekerjasama bersama komposer terkemuka dan menembusi pasaran antarabangsa.

Antara lagu yang mereka berdua tulis ialah untuk kumpulan baharu K-Pop wanita, Weekly lagu yang bertajuk ‘Tag Me’ dan muzik video mereka telah mendapat jumlah tontonan melebihi 4 juta dalam masa 24 jam. Selain ‘Tag Me’, Audi Mok dan Tysha Tiar juga pernah bersama-sama menulis lagu untuk Yezi bertajuk ‘Home’ yang dikeluarkan pada tahun 2020.

Memang patut kariya mereka dihargai!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...