Ikuti Kami:

Bukan Park Eunbin & Kang Taeoh, Ini Pelakon Dilamar Terajui ‘Exraordinary Attorney Woo’ Pada Asalnya

Bukan Park Eunbin & Kang Taeoh, Ini Pelakon Dilamar Terajui ‘Exraordinary Attorney Woo’ Pada Asalnya

Siapa sangka drama popular “Extraordinary Attorney Woo” sebenarnya mempunyai senarai pelakon lain pada asalnya?

Kalau anda nak tahu, siri ini katanya ditawarkan untuk tayangan tvN namun dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Kemudiannya, ia dibawa ke SBS pula dengan nama IU dan Byun Yo-han sebagai teraju utamanya tetapi pelan tersebut juga terbatal di pertengahan jalan. Hal ini menjadi sebutan ramai apabila senarai nama pelakon untuk siri itu tersebar secara meluas pada ketika itu.

byun yohan iu

Selepas sekian lama menanti dan tertangguh, akhirnya “Extraordinary Attorney Woo” berjaya ditayangkan di ENA dengan Park Eun-bin dan Kang Tae-oh sebagai hero serta heroinnya.

Sepertinya ini merupakan keputusan yang terbaik memandangkan kedua mereka merupakan pelakon yang paling menjadi sebutan ramai kini. Bahkan nama mereka tersenarai tinggi dalam ranking ‘Pelakon Paling Trending Kini’.

ena extraordinary attorney woo

Untuk pengetahuan, “Extraordinary Attorney Woo” membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

Memang sesuai Park Eun-bin dan Kang Tae-oh bergandingan kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...