Ikuti Kami:

“Bukan Main Menari..” – Nampak Bahagia, Peminat Teruja Lihat Penampilan Terkini Lee Dohyun Dalam Tentera

“Bukan Main Menari..” – Nampak Bahagia, Peminat Teruja Lihat Penampilan Terkini Lee Dohyun Dalam Tentera

Penampilan terkini Lee Do-hyun yang sedang menjalani latihan ketenteraan telah menarik perhatian ramai.

Pada 28 Mac, Tentera Udara Republik Korea telah menyiarkan klip pendek di saluran YouTube rasmi mereka. Mengumumkan bahawa kumpulan tentera mereka akan membuat persembahan di Festival Pasukan Tentera dan Pengawal Kehormatan Jinhae.

Di mana, video tersebut turut menunjukkan kumpulan muzik tentera mereka yang disertai oleh pelakon terkenal Lee Do-hyun sedang berlatih untuk perayaan itu.

Dalam video itu, Lee Do-hyun telah dilihat tersenyum sambil memakai seragam rasmi tentera Korea. Pelakon itu turut melakukan pelbagai gaya kepada kamera dan turut menepuk tangannya mengikuti rentak muzik.

lee-dohyun-military

Malah, pelakon “Exhuma” itu juga telah muncul di penghujung video untuk mempromosikan persembahan kumpulan tersebut pada 29 Mac.

Tidak berhenti di situ, selepas video persembahan mereka dikongsi pada 29 Mac, rata-rata peminat telah meluahkan keterujaan mereka selepas melihat penampilan terkini pelakon itu yang kelihatan bahagia ketika menjalani perkhidmatan ketenteraan.

Video persembahan pasukan itu juga turut mendapat jutaan tontonan daripada peminat seluruh dunia.

Makin comel Lee Do-hyun kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...