Ikuti Kami:

“Ianya Lebih Mendebarkan..” – Pengarah Dedah ‘Sweet Home 3’ Fokus Kepada Kisah Lee Dohyun

“Ianya Lebih Mendebarkan..” – Pengarah Dedah ‘Sweet Home 3’ Fokus Kepada Kisah Lee Dohyun

Selepas kejayaan yang diraih melalui musim pertama dan kedua bagi drama “Sweet Home”, pengarah siri tersebut telah tampil bercerita mengenai “Sweet Home 3” yang akan datang.

Ketika ditemu bual mengenai “Sweet Home 2”, pengarah drama itu iaitu Lee Eun-bok telah menerangkan serba sedikit mengenai musim ketiga bagi drama tersebut.

Katanya,

Musim kedua menceritakan tentang keluarga yang baru dilahirkan dan fokus utamanya ialah kekal bersama di rumah yang mempunyai penjaga.

Tambah pengarah itu,

Tapi bagi musim ketiga, ianya akan melibatkan sifat kemanusiaan untuk menyelamatkan orang yang anda tak kenali. Jadi bagi musim ketiga, semua orang akan kembali bersama.

_sweet home2

Adunya lagi,

Namun, Park Gyu-young tidak akan muncul di musim ketiga dan kami akan fokus kepada kisah Lee Eun-hyeok (Lee Do-hyun) iaitu abang kepada Lee Eun-yu (Go Min-si) yang dicari-cari di sepanjang episod musim kedua. Malah, ianya juga lebih mendebarkan dan kami juga sedang bekerja keras untuk menjayakannya.

 

Dalam masa yang sama, “Sweet Home 2” yang ditayangkan baru-baru ini telah menjadi sensasi berikutan dengan cabaran yang dihadapi oleh Song Kang, Lee Jin-wook, Lee Si-young, Go Min-si dan Jin-young yang berjaya membebaskan diri daripada ‘Green Home’.

Manakala musim ketiga bagi drama ini iaitu “Sweet Home 3” dijadualkan tayang pada musim panas tahun 2024.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...