Ikuti Kami:

“Bukan Kekuatan Dia..” – Disuruh Keluar ‘Running Man’, Peminat Pertahan Song Jihyo

“Bukan Kekuatan Dia..” – Disuruh Keluar ‘Running Man’, Peminat Pertahan Song Jihyo

Sejak beberapa hari ini, laman komuniti Korea hangat berbual mengenai tahap penyertaan Song Ji-hyo dalam “Running Man” yang dikatakan kurang memberangsangkan.

Terdahulu, penonton program berkenaan dikatakan kecewa dengan pelakon wanita itu yang tidak bersemangat setiap kali penggambaran. Dalam episod terbaru, apabila ahli lain aktif berbual dan menjawab kuiz, Song Ji-hyo dilihat hanya tersenyum sahaja dan tidak menyampuk sangat.

Melihatkan bahagian pelakon wanita itu yang semakin berkurangan, peminat turut mengeluah dan berharap agar ada perubahan padanya ataupun Song Ji-hyo perlu membuat keputusan drastik supaya meninggalkan “Running Man”.

song jihyo running man

Walau bagaimanapun, kebanyakan peminat Song Ji-hyo tampil menjelaskan mengenai isu ini dari perspektif di mana mereka merupakan penonton sejak 13 tahun lalu. Kata mereka, format program itu yang berubah menyebabkan pelakon wanita berkenaan sedikit hilang arah.

Awalnya dia dikenali kerana kekuatan stamina hingga mampu mengalahkan stamina beberapa lelaki semasa mereka mengadakan misi fizikal tetapi kebanyakan episod sekarang lebih memberikan fokus kepada bual bicara dan permainan minda.

 

Sejujurnya, ya, program itu dan dia tak sepadan lagi tapi bukan kerana salahnya. Dia bersetuju untuk ‘RUNNING MAN’ dengan permainan sebenar tapi sekarang mereka berbual sahaja. Dia memang bukan seorang yang banyak cakap tapi Song Ji-hyo dikenali sebagai ‘ace’, tanpa sebarang permainan untuk membuktikan kekuatannya, bagaimana ia adalah salahnya?

 

Program ini lebih banyak berbual sekarang di mana ia bukan kekuatannya.

 

Kata macam mana pun, Song Ji-hyo ialah ahli paling popular secara global. Penonton ‘Running Man’ sebenar tak akan benda bukan-bukan macam ini.

 

‘Running Man’ sebenarnya tak sehebat dahulu.. tapi korang pilih untuk salahkan Song Ji-hyo.

 

Tiada ‘Running Man’ kalau tiada Song Ji-hyo.

 

Baiklah dia keluar, daripada dilayan macam ni.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...