Ikuti Kami:

Bukan Hanya Kerana Budaya & Tradisi, Ini Rupanya Sebab Orang Korea ‘Obses’ Dengan Kimchi

Bukan Hanya Kerana Budaya & Tradisi, Ini Rupanya Sebab Orang Korea ‘Obses’ Dengan Kimchi

Korea Selatan tak dinafikan mempunyai banyak hidangan istimewa yang digemari ramai termasuklah Kimchi!

Kalau korang nak tahu, Kimchi adalah hidangan tradisional di Korea yang terdiri daripada sayur-sayuran yang ditapai masin. Kebiasaannya, ia akan mengandungi sayur seperti kubis dan dicampurkan dengan gula, bawang putih, bawang merah, halia dan serbuk cili.

Selain kubis, sayur lain seperti lobak, timun, lobak merah dan terung juga boleh digunakan, bergantung pada jenis Kimchi yang ingin dibuat.

Korang nak tahu tak, selain merupakan sebahagian daripada budaya dan tradisi, terdapat juga beberapa sebab lain mengapa rakyat Korea Selatan ni memang ‘obses’ dengan Kimchi!

benefits of kimchi

Manfaat kesihatan

Memandangkan ia adalah hidangan berasaskan sayuran, anda pastinya akan mendapat khasiat daripada memakan Kimchi. Bukan sahaja mengandungi vitamin A dan B, Kimchi juga terbukti mempunyai beberapa antioksida dan bahan anti penuaan, membantu orang Korea untuk mendapatkan kulit yang berseri dan awet muda.

Rasanya melengkapkan banyak hidangan Korea

Kalau pergi makan makanan Korea, korang mesti tau kan yang hampir setiap hidangan akan dihidangkan bersama dengan Kimchi. Disebabkan rasanya yang pedas dan masam seperti jeruk, ianya memang sesuai untuk digabungkan dengan makanan lain malahan, akan melengkapkan lagi rasanya dengan sempurna.

kimchi

Harga berpatutan & mudah didapati

Bukan sahaja boleh dibeli pada harga yang berpatutan, kebanyakan ramuan untuk membuat Kimchi juga mudah didapati di kedai runcit atau pasar raya. Dengan hanya mencapurkan dan membiarkan kesemua bahan untuk ditapai dalam tempoh yang lama, anda boleh menikmati Kimchi bersama keluarga dalam setiap hidangan.

Haa korang suka Kimchi tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...