Disebalik bintang begemerlapan dan populariti, tiada siapa tahu apa yang sebenarnya dipendam oleh ahli NCT127 dalam realitinya.
Menerusi dokumentari “NCT127: The Lost Boys” di Disney+, peminat ataupun lebih dikenali sebagai NCTZEN dapat menelusuri perasaan mendalam yang disembunyikan oleh setiap ahli jauh di dalam lubuk hati mereka.
Setelah 8 tahun aktif, Taeyong, Mark, Jaehyun, Haechan, Johnny, Taeil, Doyoung, Jungwoo dan Yuta, akhirnya mereka membuka mulut menceritakan mengenai kehidupan sedari kecil sebelum mengecapi populariti dalam dunia K-Pop.
Turut menayangkan sedikit persembahan dari konsert selain klip disebalik tabir, penonton juga dapat menyaksikan kesemua ahli membuka topeng mereka untuk bercerita secara telus tentang kehidupan glamor dan perasaan mereka sepanjang perjalanan ini.
Bukan hanya mengenai diri sendiri, setiap dari mereka turut mendedahkan tentang kebaikan dan cerita satu sama lain. Malah mereka tidak segan untuk membuka mulut mengenai kesukaran yang dilalui selain kekeliruan identiti dan keyakinan diri yang berkecamuk semasa menyiapkan diri untuk muncul sebagai ahli NCT127.
Pun begitu, dengan sokongan satu sama lain, kesemua ahli menemui ‘rumah’ baru di bawah payung NCT127 sekaligus memberikan kekuatan untuk terus mengejar impian yang sekian lama diimpikan.
Bagi menyelami perasaan dan cerita masing-masing, jangan lupa tonton “NCT127: The Lost Boys” di Disney+ sekarang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.