Mungkin nak cipta keunikan, sampai plot K-Drama sekarang pun dah agak keterlaluan.
Bagi yang menonton drama hujung minggu KBS, pastinya tahu bahawa naskhah yang bersiaran pasti akan memaparkan kisah kekeluargaan dan kemanusiaan.
Lain pula dengan “Beauty and Mr Romantic” lakonan Im Soo-hyang dan Ji Hyun-woo kerana drama ini telah menimbulkan beberapa kontroversi meskipun baru beberapa episod ditayangkan. Malah plotnya dikatakan klise selain konflik yang agak ‘tak konvensional’ antara watak utama dan keluarganya.
Meskipun meraih rating tinggi sebanyak 18.3%, namun penonton berterusan mengkritik “Beauty and Mr Romantic” kerana perkembangan cerita yang tak masuk akal seperti anak menjual diri untuk melangsaikan hutang ibu bapa selain perangai ibu bapa yang tidak beretika hingga sanggup memperjudikan nasib yang lain.
Oleh itu, banyak suara lantang meminta supaya drama ini dibatalkan tayangan sebelum ia semakin mengarut kerana masih lama untuk mencapai tayangan 50 episod.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.