Ikuti Kami:

“Bukan Gurauan” – Penstrim Popular Korea Kongsi Detik Cemas Tragedi Tembakan Di Siam Paragon

“Bukan Gurauan” – Penstrim Popular Korea Kongsi Detik Cemas Tragedi Tembakan Di Siam Paragon

Kejadian terjadi masa dia tengah bersiaran langsung?

Beberapa hari lepas, dunia digemparkan dengan kejadian tembakan rambang di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Thailand iaitu Siam Paragon. Kejadian yang menyebabkan dua kematian serta 5 kecederaan itu terjadi apabila suspek yang baru sahaja berusia 14 tahun bertindak untuk melepaskan tembakan secara rambang ketika berada di dalam pusat membeli belah tersebut.

Terdapat banyak video berkaitan dengan kejadian itu yang tular di media sosial dan salah satunya merupakan video daripada penstrim internet dari Korea iaitu Barbie Jini yang pada ketika itu sedang melakukan ‘Live Streaming’ di salah satu restoran di dalam pusat membeli belah tersebut.

barbiejini

Barbie Jini merupakan antara penstrim yang terkenal di Korea di mana dia sering muncul untuk membuat strim di salah satu platform penyiaran iaitu AFREECA TV. Kehadirannya di tempat kejadian pada ketika itu telah menunjukkan perspektif yang nyata tentang kehuru-haraan serta kepanikan orang ramai yang sedang cuba untuk berlari menyelamatkan diri daripada kejadian yang mengerikan itu.

Barbie Jini yang pada ketika itu sedang duduk di sebuah restoran di dalam pusat membeli belah tersebut sedang leka menghirup minuman sebelum terdengar bunyi tembakan serta disusuli dengan bunyi pecahan cermin kaca. Dia yang berasa ragu-ragu cuba untuk mencari punca bunyi tersebut sebelum dia menyedari bahawa ianya merupakan bunyi tembakan yang dilepaskan oleh pistol dan dia dengan segera mengikut orang ramai berlari menyelamatkan diri.

Dia yang berjaya melarikan diri berkata,

Ianya sangat menyeramkan. Ramai manusia yang sedang lari kerana ingin menyelamatkan diri mereka sekali lagi.

Pada masa yang sama, dia masih lagi tidak dapat memproses kejadian yang baru sahaja berlaku dihadapannya. Malah, dia juga beranggapan bahawa kejadian itu hanyalah satu gurauan. Namun, selepas dia melihat seorang wanita yang berlari meninggalkan kereta sorong anaknya untuk menyelamatkan diri, dia mula percaya yang kejadian ini memang benar dan bukan gurauan.

Ianya betul-betul tembakan daripada pistol. Saya mungkin akan menghadapi masalah besar jika saya terlambat sedikit untuk menyelamatkan diri.

Selepas itu, dia juga telah menceritakan dengan lebih terperinci tentang kejadian yang berlaku di Siam Paragon itu di akaun Instagram miliknya. Dia juga telah meluahkan takziah terhadap mangsa serta keluarga mangsa yang terlibat di dalam kejadian tembakan tersebut.

Wow menyeramkan betul pengalaman dia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...