Ikuti Kami:

Bukan CGI, Penonton Terkejut Tahu Ketinggian Sebenar Watak Penjahat Dalam Filem ‘Exhuma’

Bukan CGI, Penonton Terkejut Tahu Ketinggian Sebenar Watak Penjahat Dalam Filem ‘Exhuma’

Haa korang dah tonton ke filem “Exhuma”?

Selain pelakon utama seperti Kim Go-eun dan Lee Do-hyun yang mendapat perhatian, pelakon Kim Byeong-oh yang memainkan watak sebagai penjahat dalam filem itu turut menjadi bualan ramai.

Untuk pengetahuan, Kim Byeong-oh adalah seorang bekas pemain bola keranjang dan ramai yang terkejut selepas mengetahui bahawa ketinggiannya dalam filem itu bukanlah dari suntingan CGI tetapi, lelaki itu sememangnya mempunyai ketinggian mengagumkan iaitu 225CM!

Menurut pengarah,

CGI adalah sukar dan saya benar-benar tidak mahu menggunakannya. Ketika saya sedang fikir untuk memilih siapa, saya juga mengadakan uji bakat. Untuk ketinggian pemain bola keranjang 2M 25Cm, saya rasa ia sudah cukup memadai untuk watak ni.

kim byeongoh exhuma

Ketika dipanggil untuk memainkan watak tersebut, Kim Byeong-oh juga mengaku bahawa dia sedikit pelik mengapa pasukan produksi tidak menggunakan CGI,

Dalam filem seperti ‘Avatar’, mereka menggunakan CGI yang boleh membuatkan watak kelihatan kecil atau tinggi, bukan? Jadi bila saya dijemput, saya tertanya-tanya mengapa mereka memerlukan saya. Tetapi bila tonton filem itu, saya seperti ‘Oh! Ia adalah ini!’. Saya mengambil masa 6 jam untuk memakai solek pada tangan, kaki dan muka, serta 2 jam untuk memadamnya kembali.

Tingginya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...