Ikuti Kami:

Bukan Biasa-Biasa! Identiti Suami Hyomin T-ARA Didedahkan

Bukan Biasa-Biasa! Identiti Suami Hyomin T-ARA Didedahkan

Bukan biasa-biasa tau suami Hyo-min T-ARA!

Pada 6 April lalu, Hyo-min telah mengadakan majlis perkahwinan bersama pilihan hatinya, Kim Hyun-seung, yang diadakan secara besar-besaran di Hotel Shilla, Seoul.

Memetik laporan dari Financial News, suami Hyo-min adalah seorang Pengarah Eksekutif di pejabat Bain Capital di Korea, sebuah firma ekuiti swasta (PEF) terkemuka global.

hyomin t-ara husband

Untuk pengetahuan, Bain Capital telah mendapat pengiktirafan tinggi dalam ruang ekuiti persendirian global dan lelaki itu dipercayai merupakan salah seorang tokoh utama dalam firma tersebut.

Selain itu, Kim Hyun-seung merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Seoul dengan ijazah dalam Kejuruteraan Industri. Sebelum menyertai Bain Capital pada 2018, dia juga pernah bekerja di Unison Capital.

Untung Hyo-min!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...