“Cantik Macam Princess” – Ramai Selebriti Hadiri Majlis Perkahwinan Hyomin T-ARA
- oleh Fareen
- 1 tahun lalu
Meriah betul tau majlis perkahwina Hyo-min T-ARA!
Pada 6 April, Hyo-min telah mengadakan majlis perkahwinan dengan seorang lelaki bukan selebriti, yang berlangsung di Hotel Shilla, Jung-gu, Seoul.
Untuk pengetahuan, suami wanita itu dipercayai bekerja dalam industri kewangan dan berjaya menarik hati Hyo-min dengan keperibadiannya yang penyayang.
오늘 너무나도 환하게 빛이났던 울 효민이..
동화속의 한장면 같았던 결혼식💗💖💗
효민아 다시한번
결혼 진심으로 축하해🕊✨️🤍✨️🕊 pic.twitter.com/90bewWvqq8— Jeon Bo Ram (@BoRam_0322) April 6, 2025
Melihat hantaran yang dikongsi, ramai selebriti turut hadir memeriahkan majlis tersebut seperti ahli T-ARA, Yu-ri SNSD, Lee Dong-wook, Im Si-wan, Gummy, Kim Jae-joong, Kwon Eun-bi dan ramai lagi.
Sementara itu, ramai juga yang memuji gaun pengantin Hyo-min yang menampakkannya seperti seorang ‘princess’. Antara komen netizen,
- Antara baju pengantin artis yang paling cantik.
- Cantiknya Hyo-min!
- Memang sepadan.
Tahniah Hyo-min dan suami!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




