Ikuti Kami:

Bukan Berlakon, Ini Aktiviti Pertama Jeon Somin Selepas Tinggalkan ‘Running Man’

Bukan Berlakon, Ini Aktiviti Pertama Jeon Somin Selepas Tinggalkan ‘Running Man’

Pejam celik pejam celik, sudah 6 bulan sejak Jeon So-min meninggalkan “Running Man”.

Pada Oktober 2023, agensi telah mengumumkan bahawa Jeon So-min akan tarik diri sebagai ahli “Running Man” kerana ingin fokus dalam aktiviti lain termasuklah lakonan.

Namun selepas 6 bulan berlalu, peminat sedikit kesal kerana masih tiada apa-apa berita mengenai aktiviti lakonan wanita itu dan mempersoalkan ‘kehilangannya’.

Terbaru pada 18 April, penyanyi solo Choi Jung-in mengumumkan keluaran single barunya berjudul “Witness” pada 24 April ini. Menarik perhatian, Jeon So-min akan turut mengambil bahagian dalam penulisan lirik untuk lagu tersebut bagi menyokong Jung-in.

jeon somin

Untuk pengetahuan, ini bukan kali pertama Jeon So-min terlibat dalam menulis lirik malahan sebelum ini, dia juga pernah bekerja untuk lagu Lee Ki-chan iaitu “One Room”.

Fighting Jeon So-min!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...