Ikuti Kami:

Buka Akaun Media Sosial Peribadi, Park Yoochun Dilapor Ingin Kembali Dalam Industri Hiburan

Buka Akaun Media Sosial Peribadi, Park Yoochun Dilapor Ingin Kembali Dalam Industri Hiburan

Park Yoo-chun telah dikatakan ingin kembali menyambung aktiviti di dalam industri hiburan.

Baru-baru ini, adik kepada Park Yoo-chun telah membuat satu hantaran di media sosial X (Twitter).

Katanya dalam hantaran tersebut,

Hi semua! Saya nak beritahu bahawa Park Yoo-chun baru sahaja buka akaun Instagram peribadi.

Di mana dalam akaun tersebut, terdapat satu gambar yang menunjukkan Park Yoo-chun serta adiknya berada di sebuah kuil yang terletak di Jepun.

Terlebih dahulu, pada 2019 penyanyi serta pelakon tersebut telah didakwa di atas kesalahan penggunaan dadah dan telah dipenjarakan selama 10 bulan.

Disebabkan kes ini, Park Yoo-chun telah membuat keputusan untuk bersara dari industri hiburan.

Tidak berhenti di situ, pada Disember tahun lalu, bekas ahli TVXQ dan JYJ tersebut sekali lagi telah mendapat perhatian ramai selepas disenaraikan sebagai individu yang mengelak dari membayar cukai.

park-yoochun-brother

Oleh kerana itu, tindakan Park Yoo-chun untuk membuka akaun media sosial peribadi serta seakan ingin kembali di industri hiburan telah menimbulkan kekecohan di kalangan netizen Korea.

Malah, netizen turut menyatakan bahawa lelaki itu tidak akan dapat kembali di dalam industri dengan mudah.

Korang rasa patut ke tak dia kembali dalam industri?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...