Ikuti Kami:

Mahu Ketenangan, Ini Punca 5 Pelakon Korea Hilang Dari Industri Hiburan

Mahu Ketenangan, Ini Punca 5 Pelakon Korea Hilang Dari Industri Hiburan

Korea adalah negara yang memandang serius tentang kes pertuduhan selebriti. Apabila imej sudah tercalar, ia akan mengambil masa yang lama untuk membina semula kerjaya di negara ini.

Ramai pelakon terlibat dalam kontroversi, tetapi ada yang begitu serius sehingga menyebabkan kehilangan pekerjaan.

Di bawah KimchiDaily kongsikan 5 pelakon Korea yang telah hilang dari industri, dan ada yang terpaksa meninggalkan dunia lakonan kerana salah laku mereka dalam kehidupan.

Lee Taeim 

selebriti korea tiba tiba hilang

Lee Tae-im bersara daripada industri hiburan pada tahun 2018. Dia membuat keputusan ini tanpa memaklumkannya kepada agensi. Selain itu, peminat ditinggalkan dengan tanda tanya kerana tiada khabar angin atau spekulasi mengenai perkara persaraan Lee Tae-im dalam dunia lakonan ini.

Selepas bersara, dia memadam semua akaun media sosialnya dan sempat memuat naik satu gambar dengan kapsyen betapa sukar untuknya pada ketika itu dan berterima kasih kepada peminatnya, sebelum menghilangkan diri.

Park Yoochun

selebriti korea tiba tiba hilang

Park Yoo-chun merupakan artis yang sangat berbakat kerana dia ialah seorang penyanyi dan pelakon. Dia telah dituduh melakukan serangan seksual terhadap beberapa orang gadis, tetapi tiada seorang pun daripada mereka dapat membuktikan hal terbabit.

Tetapi pelakon itu terpalit pula dengan satu skandal apabila dia didakwa dengan penyalahgunaan dadah dan imej negatifnya tidak pernah benar-benar dikritik oleh peminat. Namun begitu, dia telah membuat sidang media umum mengatakan dia akan bekerja lebih keras demi membahagiakan peminatnya.

Kim Hyunjoong

selebriti korea tiba tiba hilang

Pelakon itu terperangkap dalam skandal dengan bekas teman wanitanya, yang menuduh pelakon itu menyerangnya secara fizikal. Walaupun kes ini telah diselesaikan secara baik, tetapi imejnya sudah tercalar. Apabila dia cuba membuat kemunculan semula, orang ramai tidak berpuas hati dan berkata dia tidak layak untuk terus bergiat aktif dalam industri.

Han Jisun

selebriti korea tiba tiba hilang

Han Ji-sun terperangkap dalam skandal pada 2019 apabila dia menyerang pemandu teksi ketika mabuk. Dia memukul pemandu dengan botol, dan berita itu disiarkan. Oleh itu imejnya serta merta tercalar dan ramai mengutuk perbuatan jahat itu. Dia terpaksa melepaskan wataknya untuk K-Drama popular, “The Secret Life of My Secretary” dan tidak lagi kelihatan semenjak itu.

Lee Seowon

selebriti korea tiba tiba hilang

Leo Seo-won masih seorang pelakon baru semasa dia terus digugurkan daripada dua rancangan iaitu, “About Time” dan “Music Bank”. Dia adalah seorang pelakon muda yang kemudiannya mengaku bersalah di atas pertuduhan gangguan seksual. Malah Lee Seo-won mendedahkan kisah dia menyerang seorang selebriti wanita apabila mabuk, dan selepas itu dia tidak lagi dilihat aktif dalam industri hiburan.

Semoga masa lalu dapat mengajar pelakon masa depan beberapa pelajaran penting.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...