Ikuti Kami:

Buat Tertanya-Tanya, Ini Antara 5 K-Drama Popular Punyai Pengakhiran Tergantung

Buat Tertanya-Tanya, Ini Antara 5 K-Drama Popular Punyai Pengakhiran Tergantung

Plot K-Drama sangat jarang menghampakan para penonton.

Tetapi, kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 K-Drama bikin penonton marah kerana pengakhirannya yang tergantung.

Nevertheless

Plot “Nevertheless” menjadi kucar-kacir apabila Park Jae-eon tiba-tiba hilang dari kehidupan Yu Na-bi dan kemudian kembali pada akhirnya. Bukan sahaja tiada penjelasan sebenar yang diberikan, malah episod akhir lebih mengelirukan peminat dengan menunjukkan pasangan itu bercium dan berpegangan tangan ketika mereka berjalan.

Pengakhiran itu meninggalkan beberapa persoalan yang tidak terjawab dan ada penonton membuat tafsiran sendiri tentang perkara itu.

Vagabond

K-Drama “Vagabond” ini pada awalnya digemari ramai. Namun apabila cerita ini mencapai klimaks, siri ini gagal dengan ulasan yang tidak memuaskan daripada penonton. Hal ini terjadi apabila plot K-Drama ini menukar jalan cerita, untuk memberi tumpuan kepada perasaan romantis Chal Dal-gunn terhadap Go Hae-ri. Namun tiada jawapan yang jelas diberikan mengenai nahas pesawat misteri di dalam cerita itu.

Love Alarm 1

Semasa musim pertama, Hwang Sun-oh dan Kim Jo-jo telah memutuskan untuk putus cinta dan pada penghujung episod terakhir itu, Kim Jo-jo dilihat berdiri di dalam bilik bersama Hwang Sun-oh. Pada masa itu, love alarm Kim Jo-jo berbunyi, menunjukkan dia masih mempunyai perasaan terhadap Hwang Sun-oh.

Ini membuatkan peminat tidak sabar-sabar menantikan musim seterusnya untuk mengetahui bagaimana keadaan berjalan antara Kim Jo-jo dan Hwang Sun-oh.

Sky Castle 

Semasa drama Korea ini berlangsung, penonton diperkenalkan kepada seorang tutor yang sadis. Tutor ini mendapat keseronokan daripada menyeksa dan menyakiti pelajarnya.

Walaupun peminat menjangkakan keluarga akan menghalau tutor itu, tetapi adegan terakhir menunjukkan tutor menyindir bahawa penyeksaan itu belum berakhir. Cliffhanger ini membuatkan kebanyakan peminat terganggu kerana ini bermakna pelajar tidak pernah terlepas daripada cengkaman kejam daripada tutor itu.

Signal 

Ketika siri ini menghampiri penghujungnya, Lee Jae-han sepatutnya sudah mati namun dia ditunjukkan masih hidup. Pelaku tidak memberikan penjelasan yang sewajarnya di sebalik kelangsungan hidup Lee Jae-han dan membiarkannya kebebasan untuk membuat keputusan akhir. Tetapi penonton masih tidak faham apa sebenarnya yang terjadi terhadap lelaki itu dan mahukan pengakhiran yang jelas.

Tambahan, “Signal” merupakan salah satu drama sci-fi Korea yang paling terkenal dalam kalangan penonton K-Drama. “Signal” memenangi anugerah Drama Terbaik di Anugerah Seni Baeksang pada tahun 2016.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...