Ikuti Kami:

“Buat Saya Tak Selesa” – Letak Tangan Di Pinggul, Tindakan Pereka ‘Fendi’ Terhadap Yujin IVE Dikritik

“Buat Saya Tak Selesa” – Letak Tangan Di Pinggul, Tindakan Pereka ‘Fendi’ Terhadap Yujin IVE Dikritik

Tindakan pereka Fendi terhadap Yu-jin IVE telah mencetuskan perdebatan hangat.

Pada 21 Februari, Yu-jin telah menghadiri pertunjukan fesyen Fendi di minggu fesyen Milan. Di mana, ahli IVE itu telah kelihatan elegan mengenakan gaun kuning dan coklat, yang jelas mempamerkan kecantikan dan bentuk tubuh badannya.

Namun begitu, satu video yang dirakam di acara tersebut telah mencetuskan kemarahan peminat. Semasa video itu dirakam, penyanyi idola tersebut dilihat sedang bergambar bersama pereka fesyen Fendi iaitu Kim Jones.

Dalam masa yang sama, peminat telah menyedari bahawa pereka lelaki tersebut telah meletakkan tangannya di sisi pinggul Yu-jin. Selepas video itu tular, rata-rata peminat telah meluahkan kemarahan mereka terhadap kelakuan lelaki tersebut.

Meskipun terdapat segelintir yang menjelaskan bahawa lelaki itu sudah pun berkahwin, masih terdapat netizen yang beranggapan bahawa pereka itu seakan tidak menghormati budaya masyarakat Korea.

Antara komen netizen ialah,

Video ini buat saya rasa tak selesa.

 

Perbezaan budaya kita jelas kelihatan.

 

Ianya perkara biasa dalam budaya barat.

 

Dia hanya pegang sisi bukan punggung, jadi saya rasa ianya boleh diterima.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.