Ikuti Kami:

Buat Ramai Tertanya-Tanya, Kwon Nara & Joo Won Menangis Ketika Sesi Pembacaan Skrip Drama Baru

Buat Ramai Tertanya-Tanya, Kwon Nara & Joo Won Menangis Ketika Sesi Pembacaan Skrip Drama Baru

Memang betul-betul sedih ni drama “Midnight Studio” yang akan ditayangkan tak lama lagi.

Terbaru, ENA telah melancarkan video ketika sesi pembacaan skrip untuk drama “Midnight Studio”, yang menampilkan Kwon Na-ra, Joo Won, Eum Moon-suk dan Yoo In-soo.

Untuk pengetahuan, drama romantik penyembuhan ini membawa kisah Seo Gi-joo, seorang jurugambar sunyi yang mengambil gambar si mati untuk keluarga bergenerasi. Dia kemudiannya berkenalan dengan Han Bom, seorang wanita yang melindungi Seo Gi-joo daripada kematian dan bersama-sama mereka menghadapi hidup dan mati dan mempelajari makna kehidupan.

Menerusi video yang dikeluarkan, Kwon Na-ra, Joo Won dan beberapa pelakon lain dilihat menangis ketika membaca skrip, membuatkan netizen tertanya-tanya betapa sedihnya plot drama ini nanti.

Kalau korang nak tahu, jangan lupa tonton “Midnight Studio” yang akan ditayangkan pada 11 Mac ini menerusi saluran ENA.

Sementara itu, boleh tonton trailer drama ini di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...