Ikuti Kami:

Buat Penonton Lebih ‘Feel’, Ini 7 Lagu OST Yang Semua Peminat K-Drama Akan Tahu!

Buat Penonton Lebih ‘Feel’, Ini 7 Lagu OST Yang Semua Peminat K-Drama Akan Tahu!

Memang tidak dinafikan bahawa runut bunyi atau lagu OST memainkan peranan penting dalam sebuah K-Drama!

Dari babak sedih hingga gembira, semua runut bunyi ini akan membuatkan penonton lebih beremosi dan lebih ‘feel’ ketika sedang menonton drama Korea.

Jadi dalam artikel kali ini, KimchiDaily ingin berkongsi beberapa runut bunyi yang peminat K-Drama mesti akan tau. Jom lihat senarai di bawah!

Gummy – You are my everything

Pertama sekali adalah lagu “You Are My Everything” nyanyian Gummy untuk drama lakonan Song Joong-ki dan Song Hye-kyo iaitu “Descendants of the Sun”. Bagi mereka yang tidak pernah tonton drama ini sekalipun, mesti berkemungkinan akan pernah dengar lagu ni!

MeloMance – Love, Maybe

Seterusnya adalah OST untuk drama “Business Proposal” iaitu “Love, Maybe” nyanyian MeloMance. Untuk pengetahuan, teraju utama iaitu Kim Se-jeong dan Ahn Hyo-seop pernah duet menyanyikan lagu ini ketika drama tersebut berjaya mencapai rating lebih 10%.

Crush – Beautiful

Drama “Goblin” memang tidak dinafikan mempunyai senarai lagu OST yang berjaya menambat hati penonton. Salah satunya adalah lagu “Beautiful” yang dinyanyikan oleh Crush. Dengar lagu ni je, terus teringat babak Kim Go-eun dengan Gong Yoo!

Chen & Punch – Everytime

Kalau cakap pasal OST K-Drama popular, lagu “Everytime” nyanyian Chen EXO dan Punch memang wajib tersenarai! Meskipun drama “Descendants of the Sun” sudah lama tamat, namun masih ramai yang seronok mendengarkan lagu ini.

Loco & Punch – Say yes

Tidak terkecuali adalah lagu “Say Yes” nyanyian Loco dan Punch buat drama “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo”. Dengar lagu ni je, mesti terus terikut nyanyi sekali, kan?

Chanyeol & Punch – Stay with me

Lagu “Stay With Me” yang dinyanyikan oleh Chan-yeol EXO dan Punch untuk drama “Goblin” juga adalah runut bunyi yang mesti semua peminat K-Drama akan tahu! Dengan jumlah tontonan yang sudah pun melebihi 400 juta di YouTube kini, populariti lagu ini memang tidak perlu dipersoalkan lagi.

Gaho – Start over

Akhir sekali adalah OST untuk drama lakonan Park Seo-joon iaitu “Itaewon Class” yang berjudul “Start Over”. Untuk pengetahuan, “Start Over” dinyanyikan oleh Gaho, yang juga terlibat untuk OST buat drama “Start Up”, “Time” dan banyak lagi.

Haa korang tahu tak semua lagu dalam senarai ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...