Untuk episod terbaru “Soshi Tam Tam” kali ini, ahli Girls’ Generation dikejutkan dengan penampilan dua remaja yang mengakui bahawa dirinya adalah Kyung-san. Ha, korang ingat tak Kyung-san mana ni?
Emosi ahli Girls’ Generation dalam episod kali ini jelas ada turun naiknya. Kalau korang masih ingat pada tahun 2009, terdapat sebuah rancangan realiti “Hello Baby” yang mana memberi peluang kepada artis untuk merasai ‘vibe’ keibu-bapaan dengan menjaga bayi.
Girls’ Generation juga antara yang berpeluang menjaga bayi bernama Kyung-san yang pada ketika itu berusia sembilan bulan. Namun, untuk episod terbaru “Soshi Tam Tam”, Girls’ Generation digemparkan dengan kehadiran dua remaja lelaki yang mengakui bahawa mereka adalah Kyung-san. Jadi, untuk cabaran pada episod itu, mereka perlu memilih, siapa sebenarnya Kyung-san.
Teka-teki itu tidak mudah untuk diselesaikan apabila mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang lagi remaja lelaki. Jadi, kini mereka perlu memilih antara 3 remaja lelaki. Ha, susah dah…Rupanya, salah seorang antara mereka merupakan Yoo-geun yang merupakan dari episod “Hello Baby” bersama kumpulan SHINee. Mereka langsung menghubungi Min-ho SHINee untuk memberitahunya.
Min-ho bagaimanapun kelihatan sangat terkejut apabila dia melihat Yoo-geun dan dia langsung mengenali remaja lelaki itu. Dia sangat kagum melihat betapa dewasanya bayi lelaki yang pernah dijaganya dulu.
Terus ter ‘flashback’ waktu Girls’ Generation jaga Kyung-san dulu kan? Cepatnya masa berlalu…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.