Ikuti Kami:

Buat Peminat Teruja, 5 Pelakon Korea Ini Pernah Muncul Dalam MV K-Pop

Buat Peminat Teruja, 5 Pelakon Korea Ini Pernah Muncul Dalam MV K-Pop

Muzik video yang dikeluarkan oleh artis kegemaran pasti akan menggembirakan para peminat K-Pop.

Begitu juga bagi peminat K-Drama apabila melihat pelakon terkenal di dalam muzik video K-Pop, membuatkan mereka sangat teruja.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pelakon yang pernah membuat membuat penampilan istimewa di dalam muzik video K-Pop.

Han Sohee 

Pada Julai 2023, penyanyi popular daripada kumpulan BTS iaitu Jung-kook telah mengeluarkan lagu baharu bertajuk ‘Seven’. Bukan sahaja lagu mendapat sambutan hangat daripada peminat malah, muzik videonya juga telah meraih sebanyak 206 juta penonton di YouTube. Rata-rata peminat sangat suka dengan penampilan Han So-hee yang sangat cantik dalam video terbabit.

Selain daripada itu, Han So-hee sebelum ini juga ada membuat penampilan dalam MV ‘Tell Me What To Do’ SHINee pada tahun 2016.

Lee Jongsuk

Dalam muzik video ‘I Don’t Care’ yang dinyanyikan oleh kumpulan popular 2NE1, Lee Jong-suk muncul sebagai teman lelaki yang curang. Lakonannya sangat mantap sehingga memberi kesan mendalam kepada penonton yang menonton video terbabit. MV ini dikeluarkan pada tahun 2009, sebelum Lee Jong-suk menjadi sangat terkenal.

Seo Yeji

Bagi peminat K-Pop korang mesti pernah dengar lagu ‘Let’s Not Fall In Love’ dari kumpulan BIGBANG kan? Dalam MV lagu ini, Seo Ye-ji membuat penampilan istimewa yang menerujakan penonton. Dia melakonkan watak sebagai teman wanita kepada penyanyi kacak G-Dragon dan hal ini telah menjadi topik hangat pada ketika itu. Jumlah tontonan di YouTube mencecah sehingga 231 juta kini.

Lee Hyunwoo

Pada November 2019 penyanyi dan pelakon wanita terkenal Korea IU, telah mengeluarkan satu lagu baru bertajuk ‘Above The Time’. Di dalam MV lagu itu, IU memilih Lee Hyun-woo sebagai hero untuk bergandingan bersamanya. Setakat ini, MV ‘Above The Time’ mendapat jumlah tontonan sebanyak 25 juta di YouTube.

Park Haesoo

Pelakon hebat drama “Squid Game” membuat penampilan dalam MV ‘Last Scene’ yang dibawa oleh penyanyi dari kumpulan kegilaan gadis, Chen EXO. Dia berjaya membawa watak itu dengan sempurna oleh kerana bakat yang dimiliki.

Nanti boleh tonton semula semua MV ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...