Ikuti Kami:

Awas! Ini 10 Muzik Video & Lagu K-Pop Yang Diharamkan Untuk Tayang Di Stesen TV Korea Selatan

Awas! Ini 10 Muzik Video & Lagu K-Pop Yang Diharamkan Untuk Tayang Di Stesen TV Korea Selatan

Korang tau tak, bukan semua muzik video atau lagu K-Pop dibenarkan untuk tayangan di stesen televisyen utama Korea Selatan?

Haa..kalau korang belum tahu, dalam artikel kali ini, Kimchi Daily akan berkongsi beberapa lagu dan muzik video K-Pop yang dilarang untuk ditayangkan di stesen televisyen Korea. Ada beberapa sebab muzik video berikut tidak dibenarkan untuk dikeluarkan di stesen TV. Antaranya, disebabkan oleh imej dan lirik lagu yang mampu mengundang kontroversi, babak yang melanggar peraturan dan banyak lagi.

Lihat senarai di bawah:

1. BLACKPINK – KILL THIS LOVE

Pada 2019, BLACKPINK telah berjaya mendominasi dunia muzik seluruh dunia dengan lagu hit mereka “Kill This Love”. Meskipun muzik videonya kini telah meraih ber-bilion tontonan di YouTube namun begitu, ianya telah dilarang untuk ditayangkan di stesen TV Korea disebabkan satu babak di mana ahli Rosé, dilihat memandu kereta dengan tidak memakai tali pinggang keledar. Hal ini telah melanggar Akta Lalu Lintas Jalan Raya Korea Selatan, dan disebabkan itu, tidak boleh dipaparkan di stesen TV.

2. BIGBANG – BAE BAE

Muzik video ‘trippy’ dari BIGBANG bagi lagu “BAE BAE”, turut dilarang untuk ditayangkan di stesen TV. Disebabkan elemen sindiran yang kadangkala tidak begitu halus muncul dalam muzik video itu, ianya telah diharamkan untuk muncul di kaca TV. Selain itu, juga terdapat beberapa babak yang ‘tidak wajar’ untuk dipaparkan buat penonton di televisyen, namun menurut YG, ianya dianggap perkara biasa buat kumpulan itu, memandangkan kesemua ahli sudah pun mencecah umur pertengahan 20-an.

3. NCT 127 – CHERRY BOMB

Walaupun lagu ini mungkin menjadi hit dalam kalangan peminat, satu rangkaian penyiaran di Korea tidak begitu senang dengan lirik lagu tersebut. KBS telah mengharamkan lagu ini untuk ditayangkan di stesen mereka, kerana mereka rasakan liriknya ganas, yang mampu menggalakkan tingkah laku buruk di kalangan belia.

4. WINNER – EVERYDAY

“Everyday” WINNER tidak menghadapi masalah dalam mengungguli carta muzik dan menerima kebenaran untuk siaran daripada penyiar utama seperti MBC dan SBS, namun mereka mendapat masalah dengan KBS. Disebabkan oleh peraturan penyiaran KBS berkaitan dengan sebutan jenama utama, lagu itu telah diharamkan daripada semua siaran radio dan televisyen sehingga liriknya ditukar. Lirik yang dimaksudkan ialah penggunaan perkataan ‘lotto’ oleh Song Mino semasa rapnya. Untuk pengetahuan, ‘Lotto’ ialah sebuah syarikat konglomerat multinasional, dan chaebol kelima terbesar di Korea Selatan.

5. EXO – LOTTO

Sama seperti WINNER, lagu EXO bagi “Lotto” juga diharamkan untuk tayangan di KBS, kerana jelas penggunaan perkataan ‘lotto’, yang menyebabkan lagu ini diharamkan di KBS. Anda mungkin perasan kumpulan itu melakukan versi di mana mereka menukar perkataan tersebut menjadi ‘louder’, bukannya ‘lotto’.

6. TVXQ! – MIROTIC

Lagu ini merupakan salah satu lagu K-Pop yang paling ikonik, tetapi apabila ianya dikeluarkan pada awalnya, terdapat beberapa tindak balas yang besar. Jawatankuasa Perlindungan Belia menganggap lagu itu berbahaya kepada belia kerana apa yang mereka anggap sebagai lirik erotik, terutamanya penggunaan lirik ‘under my skin’ atau ‘di bawah kulit saya’. Namun begitu, sejurus selepas lagu ini dijadikan isu, SM Entertainment telah membuat penukaran bagi lirik lagu itu, yang ditukar menjadi ‘under my sky’.

7. BTS – GO GO, PIED PIPER, SEA & SKIT: BILLBOARD MUSIC AWARD SPEECH

BTS menghadapi banyak larangan untuk lagu mereka dalam album mini “Love Yourself: Her”. Empat daripada lagu mereka dalam album tersebut, telah diharamkan untuk tayangan di KBS kerana sebutan jenama tertentu dan penggunaan ‘slang’ yang KBS anggap sebagai bahasa kesat.

8. ZICO – TOUGH COOKIE

Ahli Blok B ini terkenal dengan hip-hop yang bergaya dan keyakinannya yang semula jadi. Malangnya, lagu solo Zico “Tough Cookie”, telah mendapat beberapa penolakan antarabangsa dengan penghinaan homofobik dan perkauman, serta penggunaan imejan sensitifnya dalam muzik video lagu tersebut.

9. ORANGE CARAMEL – CATALLENA

Lagu “Catallena” milik ORANGE CARAMEL membawa konsep disko dan diinspirasikan oleh Bollywood. Muzik video bagi lagu tersebut telah memaparkan trio itu yang sedang menyanyi sebagai duyung, sebelum mereka berubah menjadi sushi dan dibalut dalam bungkusan plastik dengan tanda harga 4,000 won (RM 14) pada setiap satu. Idea pelik itu dikatakan tidak sesuai untuk KBS, kerana ianya dianggap memperendah dan meremehkan kehidupan manusia.

10. DEAN – INSTAGRAM

Akhir sekali, lagu “Instagram” nyanyian artis indie R&B Dean, telah berjaya mengungguli carta Korea dalam masa dua hari selepas keluarannya. Peminat turut memuji tentang mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini, iaitu tentang remaja dan sosial media. Walau bagaimanapun, KBS telah mengharamkan MV lagu itu untuk ditayangkan kerana lagunya ketara menyebut nama jenama ‘Instagram’, yang melanggar peraturan di stesen itu.

Ketat juga ya peraturan di sesetengah stesen televisyen di Korea Selatan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...